- Inilah Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
- Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
- Dua Bentuk Imaginasi.
- Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
- Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
- Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
- Cerek Yang Mengagumkan.
- Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
- Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
- Perhatikan usaha Asa Cadler dengan Dr. Gunsaulus itu. Mereka mempunyai satu ciri yang sama. Keduanya menyedari kebenaran yang mengagumkan itu, yakni sesuatu gagasan itu boleh diwujudkan dalam bentuk yang nyata melalui tenaga penentuan tujuan yang tegas serta pelaksanaan rancangan yang tegas juga.Kalau Anda adalah tergolong antara salah seorang manusia yang memiliki keyakinan bahawa kerja keras dan bersikap jujur itu sudah Cukup untuk mendatangkan kekayaan, maka Anda akan kecewa. Buanglah pendapat seumpama itu jauh-jauh! Sebab pendapat itu tidak benar! Kekayaan yang datangnya bertumpuk-tumpuk itu tidaklah mungkin hanya boleh dicapai dengan kerja keras sahaja. la bukanlah hasil kerja keras semata- mata. Kekayaan yang datang itu adalah hasil tindak balas dari satu tuntutan yang tegas yang berdasarkan kepada penerapan prinsip-prinsip yang tegas dan bukannya oleh hal-hal yang secara kebetulan atau oleh nasib baik semata-mata.Pada umumnya dapatlah dikatakan bahawa suatu gagasan itu adalah satu dorongan yang menggerakkan satu tindakan dengan cara menghimbau daya imaginasi seseorang. Semua jurujual yang ulung mengetahui bahawa gagasan dapat dijual sekalipun bidang perniagaan tidak mampu melakukannya. Para jurujual dari golongan jurujual biasa tidak akan memahami hal ini. Itulah sebabnya mereka tidak memiliki keistimewaan dan terus tetap tinggal seperti biasa sahaja nasib mereka itu.Sebuah penerbitan buku yang berharga murah telah menemui satu kenyataan, yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh kebanyakan penerbit. Ia menyedarkan bahawa kebanyakan orang lebih suka atau tertarik dengan sesebuah buku itu berdasarkan judul buku tersebut. Mereka kurang memerhatikan isi kandungan buku itu. Oleh yang demikian dengan hanya mengubah nama buku yang tidak menarik itu, maka jualan buku itu akan melambung pasarannya lebih daripada satu juta naskah. Isi kandungan buku itu tetap sama. tidak mengalami perubahan sedikit pun. [3 hanya mengoyakkan kulit buku yang tidak laku itu dan menggantikannya dengan judul yang-lebih menarik. Buku itu telah mencapai tingkat jualan ‘box-office’.Begitu mudah sebenarnya kedudukan persoalan ini. Dan pucuk pangkalnya hanya terletak pada satu gagasan sahaja. Persoalan itu ialah adakah kita menggunakan daya imaginasi kita atau tidak?Tidak ada sebarang harga yang tertentu terhadap sesuatu gagasan. Pencipta gagasan itu sendirilah merupakan pemberi nilai kepada harga gagasan itu sendiri. Apabila beliau berhasil dalam membuat pernilaian itu, maka beliau juga akan memperolehinya.Kisah terbentuknya setiap awal kekayaan yang besar itu biasanya bermula dari saat pencipta gagasan itu dan penjual gagasan itu berpadu dan bekerjasama dalam suasana yang sehaluan. Andrew Carnegie dikelilingi oleh orang-orang yang menciptakan gagasan itu dan orang-orang yang melaksanakan gagasan-gagasan tersebut. Dengan itu, Carnegie menempatkan dirinya bersama-sama dengan orang-orang yang sehaluan pemikiran dengannya, sehingga mewujudkan satu tenaga kekuatan yang luar biasa untuk mencapai kekayaan yang besar itu.Berjuta-juta umat manusia yang menempuh perjalanan hidup ini dengan satu harapan iaitu mereka ingin mengalami nasib yang baik. Sememangnya seseorang itu boleh mendapatkan nasib yang baik, tetapi cara yang paling selamat, bukannya terletak kepada sekadar harapan sahaja. Sebaliknya nasib kita akan benar-benar baik sekiranya kita memperolehi peluang yang besar itu dalam kehidupan kita. Tetapi ia hanya datang setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersusah payah selama dua puluh lima tahun. Seluruh hidup saya ini, saya abadikan kepada peluang itu sebelum peluang itu menjadi suatu kenyataan.Nasib baik yang terdiri dan’ peluang baik itu telah diperolehi oleh Andrew Carnegie dan menjalinkan hubungan yang baik dengannya. Melalui peluang tersebut, Carnegie menanamkan satu gagasan di dalam fikiran tentang cara untuk menyusun prinsip bagaimana caranya untuk mencapai kejayaan itu. Ini merupakan satu falsafah hidup. Ribuan orang telah mendapat kebaikan daripada penemuan yang telah dilakukan oleh orang selama dua puluh tahun sejak kebelakangan ini dalam bidang penyelidikan. Sejumlah besar harta kekayaan berjaya didapati dengan cara menerapkan falsafah ilmu ini. Permulaannya sangat sederhanasahaja. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu gagasan yani boleh diperkembangkan oleh setiap orang di mana sahaja mereke berada.Nasib baik itu menimpa diri Andrew Carnegie. Namun ia tidak jatuh begitu sahaja daripada langit! la telah turun melalui peringkat pengambilan keputusan yang tegas, menentukan tujuan sasaran yang tepat, serta hasrat untuk mencapai tujuan itu, usaha dan daya keupayaan yang tekun selama dua puluh lima tahun tanpa mengenal erti menyerah. la bukan merupakan cetusan kehendak yang biasa. Sebaliknya merupakan satu hasrat yang berkobar-kobar, yang dapat mengatasi rasa kecewa, rasa putus asa, kekalahan sementara, kritikan dan peringatan yang tidak henti-henti supaya kita tidak membuang waktu secara sia- sia. Hasrat itu harus merupakan satu hasrat yang menyala- nyala! Satu hasrat yang membuatkan seseorang itu diresapi oleh matlamat yang hendak dicapai itu.Tatkala gagasan itu ditanamkan pada mula-mulanya oleh Tuan Dale Carnegie di dalam fikiran saya, maka pemikiran itu perlu dipupuk dan dijaga dengan sebaik-baiknya, agar ia tetap berada dalam keadaan yang hidup. Lambat laun gagasan itu akan tumbuh menjadi sebuah gagasan yang besar dengan bantuan ketenangan yang dipupuk dan ditumbuhkannya sendiri. Dalam melalui kekuatan tenaga itu sendiri, maka gagasan itu akan mengetepikan semua halangan dan rintangan.Gagasan adalah tenaga yang tidak kelihatan dan tidak boleh dirasai kewujudannya. Namun gagasan itu merangkumi kekuatan dan kuasa yang lebih besar daripada tenaga otak yang merupakan saluran untuk melahirkan gagasan itu. Gagasan tersebut mempunyai tenaga kemampuan untuk tetap bertahan hidup, walaupun kewujudan otak seseorang itu sudah lama menjadi abu di dalam perkuburan. Gagasan itu adalah bersifat kekal.
0 Comments