- Langkah Keenam Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Kita telah mempelajari bahawa segala sesuatu yang kita ciptakan atau kita perolehi itu pada mulanya berasal daripada bentuk hasrat. Hasrat itu pada mulanya berbentuk abstrak, kemudian barulah mengalami proses kewujudan untuk menjadi sesuatu yang konkrit. Jalan yang ditempuhinya ialah melalui bengkel kerja daya khayalan iaitu cara peralihannya itu dicipta dan dirangsangkan. Dalam bab dua diperkenalkan kepada kita enam langkah tegas yang praktis pada saat kita mahu beralih dari bentuk hasrat yang mewujudkan tindakan untuk memperolehi wang dan kekayaan itu. Salah satu daripada langkah itu ialah satu penyusunan rancangan yang jelas dan praktis. Dengan kata lain, kita berpegang kepada landasan sewaktu mewujudkan peralihan itu. Anda akan diperkenalkan dengan cara bagaimana untuk menyusun suatu rancangan yang bersifat praktis, yakni : Gabungkanlah diri Anda dengan kumpulan orang- orang, dalam jumlah yang seramai mungkin yang Anda perlukan untuk menciptakan dan melaksanakan rancangan Anda itu. Dengan ini Anda mampu untuk mengambil tindakan bagi mendapatkan wang itu dengan secara yang terhimpun melalui tenaga perlaksanaannya yang baik. Dalam hal ini Anda harus memanfaatkan prinsip tenaga pemikiran yang unggul seperti yang akan kita bahaskan dalam salah satu bab dalam buku ini nanti (Penerapan petunjuk ini adalah satu keperluan yang mutlak. Oleh itu janganlah mengabaikannya!). Sebelum Anda membentuk satu kelompok perpaduan antara cara pemikiran yang ulung, hendaknya Anda memutuskan apa keuntungan dan manfaat yang boleh Anda persembahkan kepada anggota-anggota kelompok itu secara perseorangan, sebagai bahan balasan khidmat bagi kerjasama yang mereka lakukan itu. Tidak ada seorang pun yang ingin bekerja terombang- ambing tanpa sesuatu bentuk balasan tertentu atau ganjaran. Sebaliknya juga tidak ada seorang manusia yang cerdas dan terpelajar, yang akan meminta atau mengharapkan tenaga orang lain tanpa memberikan balasan perkhidmatan yang setimpal, sekalipun tidak selamanya berupa wang. Menyelenggarakan suatu mesyuarat atau pertemuan dengan para anggota kelompok pemikir yang ulung paling kurang dua kali dalam seminggu. Kalau boleh lebih sering, sehingga Anda sempat secara bersama-sama dengan mereka itu menyempurnakan rancangan yang diperlukan bagi membentuk cara bagaimana mendapatkan ' jumlah wang atau harta kekayaan. Tetaplah menjaga agar terdapat jaminan adanya suasana yang serasi antara diri Anda dengan setiap anggota kelompok pemikir yang ulung itu. Apabila Anda gagal dalam mencipta suasana yang harmoni itu, maka ada kemungkinan besar Anda akan menghadapi kegagalan. Prinsip pemikiran yang ulung tidak dapat dibina di tengah suasana di mana tidak terdapat keserasian antara satu dengan yang lainnya. Tetaplah dan telitilah dengan baik-baik pada ingatan Anda Perihal fakta-fakta ini: Pertama: Anda sedang terlibat dalam satu pelaksanaan tujuan yang penting bagi Anda. Untuk menciptakan Satu suasana jaminan kemungkinan tercapainya kejayaan itu, maka Anda harus menyusun satu rancangan yang sempurna tanpa banyak aspek K kelemahannya. Kedua: Anda harus boleh mengambil manfaat daripada pengalaman, pendidikan, bakat dan kemampuan orang lain serta daya khayalan pemikiran orang lain. Hal ini adalah selaras dengan kaedah yang pernah ditempuhi oleh orang-orang yang telah berjaya mengumpulkan kekayaan dalam jumlah yang besar. Tidak ada seorangpun yang boleh memiliki cukup pengalaman, pendidikan, bakat dan kemampuan serta ilmu pengetahuan untuk menjamin pengumpulan harta kekayaan dalam jumlah yang besar, tanpa menjalin kerjasama dengan manusia yang lain. Setiap kemungkinan yang Anda terima sebagai landasan dalam usaha Anda untuk menghimpunkan kekayaan itu hendaklah merupakan satu hasil gabungan daya cipta `dan pemikiran bersama di antara Anda dan anggota-anggota lain dalam kelompok Anda yang menjadi penunjang utama dalam perancangan dan pelaksanaan itu. Anda juga boleh mencetuskan rancangan Anda sendiri, sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Namun peliharalah dan ujilah rancangan itu melalui persetujuan anggota-anggota lainnya dalam kelompok Anda yang menjadi tulang belakang pemikiran itu. Mereka itulah yang menunjang usaha Anda.
0 Comments