Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam Sen

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Setelah menganalisa peristiwa ini, maka saya menanamkan keyakinan kepadanya. bahawa beliau boleh mencapai kemajuan yang lebih daripada saudara~saudaranya yang lain. Dan bahawa kemampuan itu boleh dicapai dengan berbagai jalan. Guru-guru serta teman-temannya di sekolah pun memperlakukan beliau dengan ramah dan banyak mendorong harapan baginya. Tatkala beliau mulai menjual suratkhabar, saya katakan bahawa beliau boleh menjadi anak yang maju kerana beliau rajin dan berkemahuan yang kuat.  
MIbunya tidak setuju beliau menjual suratkhabar. Tetapi secara diam-diam, beliau meminjam wang enam sen dari jirannya. itulah modal pertamanya untuk menjual suratkhabar. Pada malam pertama beliau pulang ke rumah, maka beliau tertidur nyenyak dengan wang empat puluh lima sen tergenggam di tangannya.  
Melihat kejadian ini isteri saya menangis. Beliau berasa kasihan, tetapi saya sebaliknya tertawa kerana saya gembira. hii adalah satu kemenangan gemilang bagi saya kerana berjaya menanamkan rasa yakin pada diri sendiri bagi anak saya itu. Dan kemampuan berdiri atas usaha sendiri inilah yang membuatkan beliau berjaya sepanjang hidupnya. 

Post a Comment

0 Comments