Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri



Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri





Tatkala Henley menulis kata-kata mutiaranya yang terkenal itu, maka beliau menekankan bahawa nasib kita itu berada dalam tangan kita sendiri. Beliau berkata, “Akulah majikan nasib hidupku, akulah nakhoda jiwaku!”

Mengapa beliau berkata demikian? Ini kerana kita memiliki tenaga dan kemampuan untuk mengendalikan pemikiran kita sendiri.

Otak kita akan bekerja seperti magnet apabila ia menguasai pemikiran kita itu. Maka kekuatan itu akan menjadi daya tarikan yang kuat terhadap kekuatan yang lain, terhadap orang-orang lain. terhadap keadaan sekitarnya. Kesemuanya itu akan membawa keseimbangan dengan cara berfikir kita.
Dalam ertikata yang lain, ia mengatakan kepada kita bahawa kita dapat menghimpun kekayaan yang berlimpah-limpah hanya dengan menggunakan daya tarikan pada cara berfikir dengan memiliki keinginan yang kuat. Keinginan itu haruslah kita sedari sepenuhnya, sehingga kita terdorong untuk memikirkan dan menciptakan sesuatu.

Langkah demi langkah kebenaran ini akan terungkap dalam bentuk kenyataan yang akan memberi corak terhadap keadaan ekonomi hidup kita.
Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.Pencipta Dan PerantauPeluang Itu Sering TerlindungTiga Langkah Lagi - Emas!Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina KesabaranSenjata Ajaib Seorang BudakYang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang JelasMesin Kereta Ford V - 8Kita Adalah Pencipta Nasib Kita SendiriPrinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda

Post a Comment

0 Comments