Mesin Kereta Ford V - 8

 

Mesin Kereta Ford V - 8


Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.
Pencipta Dan Perantau
Peluang Itu Sering Terlindung
Tiga Langkah Lagi - Emas!
Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!
Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran
Senjata Ajaib Seorang Budak
Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas
Mesin Kereta Ford V - 8
Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri
Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda
Tatkala Henry Ford memutuskan untuk membuat kereta jenis V - 8 yang terkenal itu, maka beliau telah memilih enjin dengan kekuatan lapan selinder, yang dipasang untuk menjadi satu blok. Setelah bentuk enjin itu digambarkan di atas kertas, maka para jurutera menyatakan. “tidak mungkin” membuat enjin lapan selinder dalam satu blok.

Ford berkata, "Usahakanlahl Terserah bagaimana caranya!”
Tetapi mereka tetap mengatakan tidak boleh. Demikian jawapan para jurutera itu.
“Teruskan sahaja!” perintah Ford, “Jangan berhenti sebelum kamu berjaya!”

Parajurutera itu terus bekerja. Enam bulan berlalu, tidak ada sesuatu pun yang terjadi. Enam bulan lagi, hasilnya masih kosong juga. Para jurutera mencuba apa sahaja untuk memenuhi perintah Ford itu, tetapi perintah itu nampaknya tetap “tidak mungkin'.
Pada akhir tahun itu, Ford bertanya lagi kepada kumpulan jurutera tersebut, tetapi jawapan mereka tetap juga berbunyi 'tidak mungkin'.

“Teruskanl” herdik Ford. “Saya ingin mempunyai enjin seperti itu. Oleh sebab itu saya harus memilikinya”.

Para jurutera itu meneruskan usaha mereka. Dengan cara yang amat luar biasa mereka menemui rahsianya.

Dan sekali lagi kilang Ford yang unggul itu meraih kemenangan yang gilang-gemilang!
Di sinilah letaknya rahsia Ford yang menjadi kaya dan berjaya mengumpulkan berjuta-juta dollar itu kerana hasil daripada ketabahannya.
Henry Ford memahami dan menerapkan prinsip bagaimana caranya mencapai kejayaan itu. Salah satu prinsip itu ialah: Harus memiliki keinginan yang kuat. Harus benar-benar yakin terhadap apa yang Anda inginkan itu sehingga kita boleh mencapainya.

Ingatlah baik-baik kisah hidup Ford ini. Ambillah pengajaran dari rahsia kejayaan yang beliau telah perolehi itu. Jika kita boleh berbuat seperti beliau dan menggunakan prinsip yang membuatkan beliau menjadi kaya raya, maka kita pun dapat mengikut beliau dalam setiap usaha sesuai dengan diri kita.










Post a Comment

0 Comments