Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas




Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas




Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.
Pencipta Dan Perantau
Peluang Itu Sering Terlindung
Tiga Langkah Lagi - Emas!
Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!
Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran
Senjata Ajaib Seorang Budak
Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas
Mesin Kereta Ford V - 8
Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri
Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda
Kami kemukakan di sini tiga belas prinsip asas sebagai petunjuk bagi Anda. Tetapi jawapan yang Anda cari-cari selama ini terletak pada cara berfikir Anda sendiri, yang muncul sebagai gagasan, rancangan atau tujuan tertentu Anda setelah Anda membaca buku ini.

Untuk mencapai kejayaan seseorang hanya memerlukan satu cara berlikir yang jelas. Prinsip-prinsip dalam buku ini hanya memberikan cara dan panduan untuk mencapai tujuan Anda itu.

Sebelum Anda mendalami dengan lebih lanjut petunjuk kami ini, sebaiknya Anda telitilah terlebih dahulu panduan yang penting ini:
“Apabila kekayaan itu mulai muncul dengan cepat dan berlimpah-limpah, maka kita akan hairan di mana sebenarnya kekayaan itu bersembunyi selama ini?”

lni merupakan satu kenyataan yang mengagumkan. Dan kita akan betul-betul kagum bahawa kekayaan itu datang setelah seseorang itu bekerja keras dengan tabah.

Bila Anda mulai merenungi cara untuk menjadi kaya, maka Anda akan menyedari bahawa kekayaan itu bermula dari cara berfikir Anda sendiri. Bergantung kepada tekad Anda untuk mencapai tujuan itu serta usaha kerja keras Anda. Saya telah melakukan kajian selama dua puluh lima tahun kerana ingin mengetahui bagaimana cara berfikir seseorang itu diperlukan supaya boleh berjaya dan menjadi kaya.
Cuba perhatikan, jika Anda mulai menerapkan prinsip-prinsip dalam buku ini. Adakah kekayaan Anda itu bertambah atau tidak? Segala sesuatu yang Anda sentuh itu nampaknya boleh mendatangkan wang. Adakah mustahil? Sama sekali tidak!

Salah satu kelemahan yang dimiliki oleh kebanyakan orang ialah lebih suka berpaut pada perkataan 'Tidak mungkin!'. Segala bentuk halangan itu mereka tahu. Dan mereka landaskan semua pelaksanaan pekerjaan mereka itu pada prinsip 'tidak mungkin' tersebut. Hasilnya sudah tentu berupa kegagalan.

Mengapa'? Sebab kejayaan itu hanya datang kepada orang yang memiliki kesedaran bahawa segala-galanya itu 'boleh terjadi!' Yang berfikir 'tidak mungkin' akan mengalami kegagalan dalam usahanya.

Oleh sebab itu, buku ini akan menolong Anda mengubah cara berfikir Anda daripada 'tidak mungkin' itu menjadi rboleh terjadi'.

Salah satu kelemahan lain ialah kebiasaan orang mengukur sesuatu atau peribadi orang lain itu menurut kesan atau keyakinannya sendiri. Mereka tidak boleh berñkir untuk menjadi kaya, sebab mereka berasa dirinya sudah termasuk dalam alam kemiskinan, kekurangan, nasib yang malang. penuh kegagalan dan kekalahan dalam hidup ini.
Saya teringat akan ucapan seorang pemuda China yang datang ke Amerika dan sangat mengagumi cara kerja yang cekap di Amerika. Beliau belajar di Universiti Chicago. Pada suatu hari Presiden Harper bertemu dengan pemuda Tionghua ini di kampus, berbincang-bincang dengannya selama beberapa minit dan bertanya apakah yang menarik perhatiannya tentang sifat orang Amerika itu.

“Kelopak mata Anda yang terbuka lebar itu!" jawab pemuda Tionghua itu.
“Apa maksudmu?” tanya Harper.

“Orang Amerika membuka mata dan fikiran mereka dalam segala hal. Kami di China akan menolak apa yang berada di luar fahaman atau keyakinan tradisional kami sendiri. Kami membatasi diri pada kemampuan diri kami yang sedia ada. Kami kurang menggunakan mata kami dengan selebar-lebarnya!"

Post a Comment

0 Comments