“Tatkala kami masih lagi berdiri di tempat penggilingan itu”, demikian kata Darby, kami bertanya dalam hati, “Senjata ajaib apakah yang telah digunakan oleh anak kecil itu sehingga bapa saudara saya itu, yang terkenal dengan garangnya bukan main, boleh ditakluki oleh anak itu?"
Jawapan terhadap pertanyaan ini akan kita temui dalam garis- garis besar ulasan buku ini. Dalam bentuk yang lengkap. Di dalamnya terdapat huraian dan petunjuk bagi setiap orang untuk memahami dan menerapkan kekuatan ajaib yang digunakan oleh budak kecil itu.
Cubalah Anda perhatikan baik-baik. Anda pasti akan menemui tenaga ajaib yang telah menyelamatkan anak itu. Anda juga boleh memanfaatkan tenaga itu untuk kepentingan diri Anda. Mungkin Anda akan segera menyedari tenaga ini setelah Anda selesai membaca bab pertama buku ini, tetapi mungkin juga nanti setelah Anda memahami bab-bab yang berikutnya. Mungkin ia muncul dalam fikiran Anda berupa satu gagasan. Boleh juga berupa satu rancangan atau tujuan tertentu. Anda boleh meninjau kembali kegagalan Anda dan mengambil pengajaran daripadanya.
Dari percakapan saya dengan tuan Darby itu, saya dapat mengesan bahawa beliau mengakui kenyataan bahawa kejayaan itu akan dicapai oleh kekuatan seperti yang dimiliki oleh budak itu. Hal ini dialaminya sendiri semasa menjadi jurujual insurans nyawa selama tiga puluh tahun.
Beliau juga mendapat pengajaran dari peristiwa “tiga langkah lagi dari lombong emas itu", yang merupakan berkat yang terselindung baginya. “Dari sini saya dapat menimba pengajaran yang menekankan kepada saya agar saya tetap tabah, tidak peduli betapa sulitnya keadaan yang menimpa diri saya sekalipun sebelum saya meraih hasil yang gilang-gemilang".
Kisah ini telah mendorong Darby untuk mampu menjual insurans nyawa sehingga jutaan dollar setahun. Dan juga telah menolong jutaan jurujual yang lain di dunia untuk berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Pengalaman ini dianggap penting oleh Darby, bahkan sama pentingnya dengan kehidupan itu sendiri. Dari situ beliau menganalisanya untuk mengambil tauladan daripadanya. Apakah mungkin kini bagi kita mempelajari kegagalan untuk memperolehi pengetahuan daripadanya? Apakah mungkin bagi kita untuk menggunakan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk memanfaatkan kesempatan? Semua jawapan itu boleh kita perolehi dari dalam buku ini. |













0 Comments