Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran



Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran





Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.
Pencipta Dan Perantau
Peluang Itu Sering Terlindung
Tiga Langkah Lagi - Emas!
Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!
Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran
Senjata Ajaib Seorang Budak
Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas
Mesin Kereta Ford V - 8
Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri
Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda
Tidak lama sebelum Darby lulus dari ujian pengalaman yang menguntungkan itu, beliau pernah menghadapi satu kenyataan bahawa perkataan 'tidak' itu tidaklah selama-lamanya harus bererti 'tidak'.

Pada suatu petang beliau membantu bapa saudaranya menggiling gandum dengan alat penggilingan yang sederhana besarnya. Bapa saudaranya itu mempunyai kawasan pertanian yang luas dan ramai pembantu yang bekerja di kawasan pertaniannya tersebut. Secara diam-diam pintu terbuka dan seorang budak berkulit hitam, anak perempuan seorang penyewa Negro, masuk dan berdiri dekat pintu itu.
Bapa saudara Darby segera menegur budak perempuan kecil itu, 
“Hei, apa yang kamu buat di sini?”
Tanpa teragak-agak anak itu menjawab. “Ibu saya menyuruh saya meminta lima puluh sen dari tuan!”

“Saya tidak akan memberinya," jawab bapa saudara itu. "Cepat pergi dari sini!”
"Baiklah, tuanl”, jawab anak itu.
Tetapi sejengkal pun anak itu tidak berganjak.
Bapa saudara Darby meneruskan pekerjaannya itu. Lantaran kesibukannya itu, beliau tidak memerhatikan anak itu. Sebaik sahaja beliau berpaling dan melihat bahawa anak itu masih lagi tercegat di situ, maka beliau pun berteriak, “Sudah saya katakan. pergi! Kalau tidak, saya akan pukul kamu!”

Anak kecil itu menjawab, "Baik, tuan!”
Tetapi beliau tidak bergerak dari situ.
Bapa saudara Darby menuang sekarung gandum ke dalam penggilingan, lalu mengambil sebatang tongkat dan melangkah menuju ke arah anak itu dengan wajah yang garang.

Darby menahan nafasnya. Beliau yakin bahawa bapa saudaranya akan melakukan sesuatu yang menakutkan. Beliau tahu benar sifat bapa saudaranya itu. cepat naik darah.

Tatkala bapa saudaranya itu mendekati budak itu, maka anak itu melangkah setapak ke hadapan dan menatap tajam kepada bapa saudara Darby itu sambil berteriak, “Ibu saya mesti memperolehi wang lima puluh sen itu!"
Seketika bapa saudara Darby memandang wajah budak itu dengan geram, kemudian secara perlahan-lahan meletakkan tongkat di atas lantai, menyelak paketnya dan mengeluarkan wang lima puluh sen lalu memberikannya kepada anak itu.
Anak itu mengambil wang itu, melangkah ke belakang sambil tidak melepaskan pandangannya dari orang yang berjaya ditaklukinya itu.

Setelah anak itu pergi, Darby termenung memikirkan bagaimana boleh seorang anak Negro itu mampu menakluk seorang lelaki dewasa berkulit putih? Apakah yang dimiliki oleh anak kecil itu? Apakah yang telah terjadi dengan bapa saudara Darby itu?

Kisah ini dikemukakan oleh Darby kepada pengarang buku ini betul-betul di tempat penggilingan yang sama itu juga. Hanya setelah beberapa hari barulah Darby mendapatkan jawapannya atas pertanyaan terhadap kejadian tersebut.

Post a Comment

0 Comments