Lama sesudah itu barulah tuan Darby dapat mengejar ketinggalannya kembali dalam hal memperolehi wang, iaitu setelah beliau menyedari bahawa hasrat kemampuan adalah modal utama untuk memperolehi emas. Kesedaran ini datang setelah beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan penjualan polisi insurans nyawa.
Berdasarkan pengalamannya yang tinggal tiga langkah lagi untuk mendapatkan emas itu, maka beliau pun bertekad dalam hatinya, “Saya telah berhenti tiga langkah dari lombong emas, tetapi saya tidak akan mengalah meskipun orang mengatakan, “tidak” kepada saya pada saat saya menawarkan polisi insurans kepada mereka. Darby menjadi seorang penjual polisi insurans nyawa yang berjaya mengaut jutaan dollar setiap tahun. Beliau telah dapat belajar dari pengalamannya yang lalu.
Sebelum seseorang itu mencapai kejayaan, selalunya beliau terpaksa menghadapi kesulitan, kekalahan sementara, bahkan juga kegagalan. Apabila kegagalan itu menimpa diri seseorang, maka jalan yang paling mudah untuk beliau tempuhi ialah meninggalkan sahaja usaha itu. Inilah yang seringkali dilakukan orang.
Tetapi lebih dari lima ratus tokoh di Amerika Syarikat yang telah berjaya dalam hidupnya menyatakan bahawa mereka muncul di atas takhta kemenangan justeru setelah maju dan tinggal dua langkah sahaja dari batas kegagalan yang telah mereka alami sebelumnya. Kegagalan itu hanyalah suatu muslihat sahaja, yang mengandungi ironi dan kepintaran. Ia hanya mengelabui manusia pada saat kejayaan itu dapat diraih dalam jangkauan yang tinggal dua langkah sahaja. |












0 Comments