Tiga Langkah Lagi - Emas!



Tiga Langkah Lagi - Emas!





 Salah satu gejala umum yang menyebabkan seseorang itu gagal mencapai sesuatu ialah kerana kebiasaan suka meninggalkan keinginan yang tidak tercapai lantaran mengalami kegagalan yang sementara Setiap orang pasti pernah membuat kesilapan seumpama itu.
Seorang lelaki tua dari R. U. Darby telah tertarik dengan berduyun-duyunnya man usia yang pergi mencari lombong em as di daerah sebelah barat benua Amerika. Beliau belum pernah mendengar bahawa manusia itu boleh menggali emas jauh lebih banyak lagi dari dalam sumber fikirannya daripada menggalinya dari dalam perut bumi.
Maka berangkatlah lelaki tua Darby itu ke kawasan perlombongan, hanya dengan berbekalkan cangkul dan penyodok.

 Seminggu setelah bekerja keras, beliau berjaya menemui tempat lombong emas itu. Maka beliau memerlukan peralatan mesin untuk menggali bijih emas itu dari dalam lombongnya. Secara diam-diam beliau kembali ke rumahnya di Williamsburg, Maryland. Beliau menceritakan kepada kaum keluarganya dan jiran tetangganya tentang hasil penemuannya itu. Maka bersama-samalah mereka mengumpulkan wang untuk membeli mesin yang diperlukan itu. Dengan menumpang sebuah kapal laut, lelaki tua bersama dengan pemuda Darby itu kembali ke tempat lombong tersebut.
Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.Pencipta Dan PerantauPeluang Itu Sering TerlindungTiga Langkah Lagi - Emas!Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina KesabaranSenjata Ajaib Seorang BudakYang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang JelasMesin Kereta Ford V - 8Kita Adalah Pencipta Nasib Kita SendiriPrinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda

Post a Comment

0 Comments