Peluang Itu Sering Terlindung


Peluang Itu Sering Terlindung




Tatkala kesempatan itu datang, maka bentuknya juga lain daripada apa yang diinginkan oleh Barnes. Itulah salah satu muslihat yang tersembunyi dalam sesuatu peluang itu. Seringkali peluang itu datang dalam bentuk yang terlindung, sama ada berupa bencana, nasib malang atau kegagalan yang sementara waktu. Mungkin inilah sebabnya ramai orang yang keliru dan sering tidak mengetahui tentang adanya peluang itu.

Pada waktu itu Edison baru mencipta sejenis peralatan pejabat yang disebut "Edison Dictating Matchine" (Mesin Rakaman Edison). Para jurujualnya berasa kurang bersemangat untuk memasarkan mesin itu. Mereka tidak yakin bahawa alat itu boleh laku dengan cepatnya. Namun Barnes melihat adanya peluang itu. Hanya Barnes dan Edison sahaja yang menyedari latar belakang kegunaan alat itu.
Barnes yakin beliau boleh menjual mesin itu. Maka beliau pun mengajukan usul untuk melakukan hal itu. Edison terus memperkenalkannya. Dan ternyata Barnes berjaya. Bahkan itulah kejayaannya sehingga Edison menandatangani kontrak pengedaran penjualannya dengan Barnes untuk pemasaran di seluruh negara. Dari hasil penjualan inilah Barnes dapat memperolehi wang yang banyak. Akan tetapi terdapat satu perkara yang lagi besar yang telah beliau lakukan. Beliau telah berfikir dan bertindak dengan tepat sehingga beliau berjaya berfikir menjadi seorang kaya!

Berapa banyak wang yang telah diraih oleh Barnes dengan cara ini tidaklah kita mengetahuinya. Yang pastinya berjuta- iuta dollar. Namun bukan angka-angka itu yang penting bagi kita, melainkan keyakinan bahawa mm fikiran yam.: tadinya tidak wujud, kini boleh nwnjvlma nu'njadi kenyataan, yang diingini itu.
Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.Pencipta Dan PerantauPeluang Itu Sering TerlindungTiga Langkah Lagi - Emas!Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina KesabaranSenjata Ajaib Seorang BudakYang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang JelasMesin Kereta Ford V - 8Kita Adalah Pencipta Nasib Kita SendiriPrinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda

Post a Comment

0 Comments