- Inilah Langkah Pertama Untuk Mencapai Kekayaan
- Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison
- Pencipta Dan Perantau
- Peluang Itu Sering Terlindung
- Tiga Langkah Lagi - Emas!
- Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!
- Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran
- Senjata Ajaib Seorang Budak
- Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas
- Mesin Kereta Ford V - 8
- Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri
- Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda
- Barnes berjaya menemui Edison di makmal dan menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan pencipta itu. Menyentuh tentang pertemuan pertama itu. Edison menceritakan:"Beliau berdiri di hadapan saya bagaikan seorang perantau miskin. Namun ada sesuatu yang terbayang dari wajahnya, yang memancarkan kesan bahawa beliau memang mempunyai hasrat yang bersungguh-sungguh. Saya telah belajar dari pengalaman ramai orang bahawa jika seseorang itu berhasrat dengan bersungguh-sungguh dan mencurahkan fikirannya sepenuhnya pada tujuan itu sebagai tanggapan masa hadapan. maka orang itu pasti akan berjaya. Itulah sebabnya saya memberikan peluang kepadanya kerana saya melihat bahawa beliau telah bertekad bulat untuk mencapai sasaran itu sehingga berjaya. Peristiwa-peristiwa selanjutnya membuktikan bahawa dugaan saya itu tidak meleset".Sudah tentulah bukannya cara pembawaan Barnes yang menarik perhatian Edison, tetapi pemikiran itulah yang mempesonakannya.Barnes tidak terus diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan Edison. Beliau telah disuruh bekerja dahulu di Edison dengan upah yang sangat rendah sekali.Beberapa bulan telah berlalu, namun masih belum juga tercapai apa yang dikehendaki oleh Barnes sebagai tujuan utamanya. Akan tetapi terdapat suatu perkara penting, yang merungsingkan dalam fikiran Barnes. Yakni, hasratnya itu yang semakin mendesak keinginan untuk bekerjasama dengan Edison.Para ahli jiwa berpendapat bahawa apabila seseorang itu telah menetapkan fikirannya untuk memperolehi sesuatu, maka benda itu pasti akan muncul! Maka Barnes pun telah menetapkan fikirannya untuk bekerjasama sehingga beliau berjaya mencapai tujuannya.Barnes tidak berkata kepada dirinya sendiri, buat apa lagi berada lama di sini? Lebih baik saya mengubah haluan dan mencari pekerjaan sebagai jurujual sahaja!” Tidak! Malahan beliau berkata pada dirinya : “Saya datang ke sini untuk melakukan usaha perniagaan bersama Edison dan saya akan teruskan tekad ini sekalipun sepanjang hayat saya!" Ertinya beliau bertekad secara bersungguh-sungguh dalam hal ini.Pemuda Barnes ini telah menanam satu keputusan dalam fikirannya, bahawa jika beliau terus tabah meskipun menghadapi kesulitan, maka kesempatan yang beliau inginkan itu pasti akan datang.
0 Comments