Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda

 

Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda





Orang Yang Menggunakan Fikirannya Untuk Bekerjasama Dengan Thomas Alva Edison.
Pencipta Dan Perantau
Peluang Itu Sering Terlindung
Tiga Langkah Lagi - Emas!
Saya Tidak Akan Berhenti Meskipun Orang Lain Berkata, Tidak!
Kisah Lima Puluh Sen Yang Membina Kesabaran
Senjata Ajaib Seorang Budak
Yang Anda Perlukan Hanyalah Cara Berfikir Yang Jelas
Mesin Kereta Ford V - 8
Kita Adalah Pencipta Nasib Kita Sendiri
Prinsip-prinsip Yang Dapat Merubah Keadaan Hidup Anda
Marilah kita periksa salah satu prinsip itu. 'l‘otnpkanlah diri Anda memiliki jiwa yang berfikiran terbuka. Dan ingatlah. bahawa penemuan ini bukannya hasil daripada seorang sahaja. Prinsip ini telah berhasil membina nasib sekian juta umat manusia. Dan Anda juga boleh menerapkannya untuk kepentingan Anda sendiri.
Anda akan menyedari bahawa tidaklah sulit bagi Anda untuk melakukan hal ini. Beberapa tahun yang lalu. saya telah memberikan ceramah, yang isinya saya catatkan dalam bab-bab berikutnya dalam buku ini. Salah seorang pendengar ceramah itu telah menerapkannya dan menjadikannya sebagai salah satu aspek kehidupannya. Pemuda itu menjadi anggota Kongres dan pegawai tinggi dalam kabinet mendiang Presiden Franklin Delano Roosevelt. Beliau telah menulis surat kepada saya. yang isinya benar-benar mengandungi gagasan yang baik sebagai pedoman hidup. Inilah isi surat itu:
Tuan Napoleon yang terhormat,
Saya telah bekerja sebagai anggota Kongres dan pekerjaan ini telah memberi peluang kepada saya untuk bekerja di kalangan kaum lelaki mahupun wanita. Saya menulis surat ini dengan harapan dapat dijadikan sebagai pedoman untuk orang ramai.

Pada tahun 1922, Anda telah memberikan ceramah di Salem College, tatkala itu saya masih lagi seorang mahasiswa. Pada waktu itu Anda telah menanamkan dalam diri saya kesedaran tentang bagaimana cara bekerja dengan sebaik-baiknya supaya boleh mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana Anda mengemukakan kisah Henry Ford itu, yang hanya mendapat pendidikan yang sedikit sahaja, tanpa modal, tanpa mempunyai ramai kawan yang berkedudukan, akan tetapi telah berjaya mencapai tingkat kekayaan yang luar biasa hebatnya. Sebelum Anda menyudahi ceramah Anda itu, maka saya telah bertekad untuk menerapkan prinsip itu, walau apapun jua kesulitan yang akan saya hadapi.

Ribuan anak-anak muda kita akan menamatkan sekolah rendah dan menengah setiap tahun. Mereka sudah tentu mem erlukan. petunjuk dan dorongan secara amali seperti yang pernah saya terima dari Anda. Mereka ingin tahu ke arah mana mereka harus taja, apa yang harus mereka lakukan, bagaimana caranya mengisi hidup ini. Anda dapat menerangkannya kepada mereka, sebab Anda telah berjaya menolong memecahkan kesulitan hidup begitu ramai orang.

Terdapat ribuan orang di negara kita ini, yang ingin membentuk gagasan mereka itu untuk mencari wang atau kekayaan, yakni orang-orang yang kekurangan modal. Saya rasa Andalah yang boleh menolong mereka itu.
Dengan iringan salam,
Jennings Randolph.
Tiga puluh lima tahun telah berlalu, semenjak saya memberikan ceramah yang pertama kali itu. Pada tahun 1957 saya berdiri kembali di Salem College. tetapi untuk menerima gelaran Doktor Kehormatan dalam bidang Persuratan. Ketika itu. saya bertemu lagi dengan Jennings Randolph, yang telah menjadi seorang tokoh terkemuka di dalam syarikat penerbangan kebangsaan Amerika. seorang pemidato yang petah apabila berucap di dalam kongres serta memegang jawatan Senator dari negeri bahagian Virginia Barat.


“Apa saja yang diserapkan oleh seseorang dalam fikirannya dan diyakini secara bersungguh-sungguh maka orang itu pasti berjaya untuk mencapainya!".

Post a Comment

0 Comments