Tatkala Edwin C. Barnes buat pertama kalinya turun dari kapal lebih lima puluh tahun yang lalu, maka perilakunya adalah seperti seorang pengembara miskin, namun cara berñkirnya adalah kaya raya seperti seorang raja!
Dalam perjalanannya menuju ke rumah Edison, maka fikirannya itu tidak boleh diam. Beliau membayangkan dirinya berdiri di hadapan Edison, meminta peluang untuk sesuatu yang boleh mengisi kehidupannya. Beliau memiliki hasrat yang menyala-nyala.
Hasratnya itu bukan hanya sekadar berupa harapan! Bukan juga sekadar satu keinginan! Tetapi merupakan satu hasrat yang berkobar-kobar, yang boleh menjelmakan sesuatu. Satu hasrat yang meyakinkan!
Beberapa tahun kemudian Barnes berhadapan sekali lagi dengan Edison, tetapi ketika itu hasratnya itu sudah menjadi kenyataan. Apa yang beliau impikan dahulu, kini telah menjadi satu kenyataan.
Bames berjaya kerana beliau memilih satu matlamat yang pasti. Beliau curahkan segenap tenaganya. perhatiannya. usahanya dan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu.
0 Comments