Lima tahun lamanya Barnes bekerja sebagai rakan kongsi Edison. Apa yang beliau capai adalah hasil dari apa yang beliau hasratkan sebelumnya. Matlamat itu beliau tempatkan di atas segala jenis matlamat yang lainnya. Beliau menyusun rancangan untuk mencapai tujuan itu. Tetapi beliau membakar semua jambatan yang telah beliau lalui di belakangnya itu. Beliau tetap berpegang teguh kepada hasrat itu sehingga telah menghancurkan dirinya. Akhirnya hasratnya itu menjadi satu kenyataan.
Waktu Barnes mula-mula ingin bertemu dengan Edison, maka beliau tidak berkata, “Saya akan cuba mempengaruhi Edison, apakah barangkali beliau mempunyai kekosongan buat saya! “Tidakl Malah beliau berkata, “Saya mahu bertemu dengan Edison dan meminta perhatiannya bahawa saya betul-betul berhasrat untuk menjadi rakan sekerjanya!"
Beliau tidak berkata, “Saya akan meninjau-ninjau kesempatan lain dahulu jika saya gagal dengan Edison ini!” Tetapi beliau berkata, “Hanya ada satu perkara yang saya bertekad untuk melakukan, yakni menjalin kerjasama dengan Edison. Saya akan membakar semua apa yang telah saya lalui pada masa lalu dan mulai membangun hari depan berdasarkan kemampuan diri saya”.
Sedikitpun beliau tidak mahu mem biarkan dirinya melangkah ke belakang. Beliau bertekad untuk menang, kalau tidak, beliau akan mengalami kehancuran!
Itulah sebenarnya kunci rahsia kejayaan Barnes.
|
0 Comments