Dorongan Yang Membawa Kejayaan

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Beberapa waktu yang lalu, seorang panglima perang menghadapi satu situasi yang mendorong beliau supaya mengambil keputusan untuk menang dalam medan pertempuran. Beliau terpaksa mengirim pasukannya ke medan pertempuran melawan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar dari pasukannya sendiri. Maka beliau pun menyuruh anak buahnya maju dengan cara menumpang beberapa buah perahu, belayar dan mendarat di tempat musuh. Setelah pasukannya itu sudah turun semuanya, maka beliau membakar hangus semua perahu yang telah mereka tumpangi itu. Sebelum maju dalam pertempuran itu. beliau berkata kepada anak buahnya itu seperti berikut: 

"Kamu semua lihat bahawa perahu kita sudah menjadi abu bukan? Ini bererti bahawa kita tidak boleh lagi meninggalkan pantai negeri ini tanpa meraih kemenangan di pihak kita! Kita tidak ada pilihan lain. Kita harus menang atau kita hancur binasa! Ternyata mereka itu menang!
Setiap orang yang ingin menang, haruslah bersedia membakar perahunya dan memotong habis semua jalur yang ber kemungkinan masih boleh berundur. Hanya dengan demikian seseorang itu dapat mencapai kejayaan secara pasti.

Pada suatu pagi setelah berlaku kebakaran besar di kota Chicago, maka sekumpulan peniaga berkumpul di State Street sambil melihat ke arah asap yang masih berkepul-kepul, yang telah menelan bangunan dan kedai-kedai mereka. Mereka berunding untuk mengambil keputusan, apakah mereka harus membangun kembali bangunan mereka itu ataukah harus berpindah ke tempat lain. Semua memutuskan untuk berpindah sahaja dari Chicago itu, kecuali hanya seorang!

Peniaga yang bertekad untuk tinggal itu menuding ke arah asap yang masih berkepul itu. Beliau berucap:

"Saya akan bangunkan kembali kedai yang terbesar di dunia betul-betul di atas tapak kebakaran itu dan saya tidak peduli meskipun berapa kali kedai itu akan terbakar lagi!”

Peristiwa ini telah berlangsung satu abad yang lalu. Ban itu berdiri dengan megah. tinggi menjulang awan, sebaga bukti tekad seseorang yang telah menyatakan hasratnya secara bulat itu. Sebenarnya peniaga yang bernama Marshall Field itu boleh menempuh jalan paling mudah seperti yangditempuh oleh teman temannya itu. Sekiranya keadaan telah menjadi sulit, maka seseorang peniaga boleh berpindah ke mana sahaja, yang keadaannya kelihatan lebih selesa dan menguntungkan.
Perhatikanlah perbezaan utama antara Marshall dengan kawan-kawan peniaga yang lain itu. Oleh kerana perbezaan inilah yang secara terang-terangan merupakan cermin yang membezakan sifat orang yang berjaya dengan orang yang mengalami kegagalan secara total. 

Post a Comment

0 Comments