"Think and Grow Rich" adalah sebuah buku yang mempunyai pengaruh yang besar untuk kepada matlamat cukup menuju pencapaian peribadi kebebasan kewangan dan kekayaan secara spiritual bukan sekadar hanya wang.
Buku ini telah diinspirasikan oleh Andrew Carnegie, di mana beberapa tahun yang lalu dia telah mendedahkan satu rumus atau formula kepada penulis buku ini, Napoleon Hill, yang bersangkutan dengan pencapaian peribadi. Carnegie bukan sahaja telah menjadi seorang jutawan ternama malahan dia telah mengajarkan rahsianya ini kepada beberapa orang yang telah berjaya menjadi jutawan. Kira kira 500 orang hartawan telah menceritakan kepada Napoleon punca kekayaan mereka dan kini Napoleon telah menghabiskan masa dengan membuat kajian untuk menyampaikan mesej tersebut kepada orang-orang yang bersedia menyumbangkan saranan, pemikiran dan mengatur perencanaan demi mendapatkan kekayaan dan kejayaan.
Ribuan orang telah menggunakan falsafah yang tersirat di dalam buku tersebut untuk kepentingan dan keuntungan mereka sendiri. dalam edisi terakhir buku ini, rumus atau cara untuk mencapai kejayaan boleh didapati terutama bagi sesiapa yang memang ingin untuk mencapai kekayaan dan kepuasan secara spiritual yang dibawa oleh pencapaian individu.
"Think and Grow Rich" banyak memperkatakan mengenai dengan 'apa yang harus dibuat dan bagaimana untuk membuat sesuatu'. Antara lain kandungan buku ini adalah sebagai penunjuk bagi diri sendiri, penyusunan rencana atau cadangan, perhubungan pemikiran, sistem analisis-diri dan cara untuk menyumbangkan perkhidmatan persendirian yang telah dibincangkan secara terperinci, terutama melalui pengalaman-pengalaman daripada tokoh-tokoh yang berkaliber.
Kekayaan yang diperolehi tidak selalu dapat diukur dengan wang. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan perniagaan dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.
Falsafah di dalam buku "Think and Grow Rich" ini diantara lain boleh menarik perhatian anda demi untuk mencapai satu kejayaan yang tinggi terutama kepada individu yang memang sudah bersedia untuk membuat perubahan dirinya.
Jika anda ingin mengamalkan apa yang telah disarankan di dalam buku ini, ianya akan merubah cara hidup anda dan juga boleh mempersiapkan diri anda serta memberi laluan untuk mendapat kejayaan yang melimpah-limpah.
|
0 Comments