Bagaimana Memperkembangkan Keyakinan itu.


 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Kita akan menghadapi satu kenyataan dan pengertian yang lebih baik tentang betapa pentingnya prinsip 'autosugesti' atau dorongan saranan atas diri sendiri jtu. Dengan cara-cara milah akan terjadi pembentukan hasrat untuk wujud secara yang iyata, yang berupa benda lahiriah, kewangan ataupun kekayaan tu. Keyakinan itu adalah suatu cara berfikir, yang boIeh mendorong atau menciptakan suatu ketegasan atau perintah kepada bawah sedar seseorang untuk bertindak melalui 'autosugesti', 
Sebagai gambaran marilah kita ambil contoh diri Anda yang sedang membaca buku ini. Tujuan Anda membaca buku ini ialah untuk memperolehi satu kemampuan bagaimana caranya mengalihkan cara berfikir yang didorong oleh hasrat itu menjadi tindakan yang wujud berupa wang atau kekayaan. Dengan mengikuti petunjuk-petunjuk dalam bab demi bab dalam buku ini sehingga membangkitkan 'autOSugeSti' maka Anda dapat meyakinkan keadaan bawah sedar Anda itu, bahawa Anda yakin sepenuhnya yang Anda boleh memperolehi apa yang Anda kehendaki itu. Maka Anda pun akan bertindak sesuai dengan keyakinan itu. Maka Anda akan menyusun satu rancangan yang jelas untuk menjalankan apa yang dikehendaki. 
Keyakinan adalah suatu cara berfikir yang dengan sengaja dapat Anda perkembangkan setelah Anda menguasai ketiga-tiga belas prinsip dalam buku ini. 

Dengan menegaskan secara berulang-ulang kali perintah terhadap keadaan bawah sedar Anda itu, maka Anda akan secara sukarela memperkembangkan emosi yang membangkitkan keyakinan itu.
Mungkin hal ini boleh kita jelaskan melalui ucapan seorang ahli krim inologi seperti berikut: 

“Apabila seseorang itu buat pertama kalinya berkenalan dengan kejahatan, maka beliau akan menolaknya. Bagaimanapun apabila beliau terus-menerus berhadapan dengan kejahatan untuk tempoh waktu tertentu, maka beliau akan terbiasa dengannya serta menerimanya sebagai suatu hal yang biasa. Dan bila beliau terus~menerus juga merangkul kejahatan itu, maka beliau akan dipengaruhi dan dikuasai oleh kejahatan itu.” 
Dengan kata lain. apabila sesuatu dorongan hasrat itu berulang-kali dimasukkan ke dalam alam bawah sedar kita. maka kita akan menerimanya dan bertindak sesuai dengan suara hati nurani kita itu. Selanjutnya kesedaran itu akan dialihkan dalam bentuk fizikal atau wang yang kita kehendaki melalui cara yang mungkin ditempuh. 
Sehubungan dengan ini. maka ada baiknya kita perhatikan lagi kenyataan ini: 

Bahawa semua cara berfikir yang telah disentuh dengan emosi serta dicampur dengan keyakinan, akan segera beralih menjadi sesuatu yang nyata. 
Emosi atau "perasaan" itu merupakan faktor kepada cara berfikir kita yang memberikan vitaliti, keghairahan hidup dan tindakan yang konkrit. Emosi keyakinan, cinta dan dorongan seks. apabila dipadukan dengan cara berfikir, akan mendorong kita kepada suatu tindakan yang lebih besar pengaruhnya jika dibandingkan dengan emosi itu secara tersendiri. 
Dan bukan sahaja cara berfikir yang telah bercampur dengan keyakinan sahaja. tetapi yang telah bercampur dengan emosi positifataupun negatif. boleh juga mencapai dan mempengaruhi keadaan bawah sedar kita itu.

Post a Comment

0 Comments