Suatu Pidato Jamuan Makan Yang Menghasllkan Satu Blllon Dollar

Kita harus membayangkan hasrat itu dan yakin bahawa kita boleh memenuhi hasrat itu
http://berfikirkearahkejayaan.blogspot.com/2015/07/bagaimana-memperkembangkan-keyakinan-itu.html
Tidak Ada Seorang Pun Yang Dllakdlrkan Untuk Bernasib Buruk
Keyakinan Adalah Pemikiran Yang Didorong Oleh 'Autosugesti'
Keajaiban Daripada Sugesti Diri Sendiri
Rumusan Untuk Membina Rasa Percaya Terhadap Diri Sendiri
Bencana Akibat Cara Berfikir Negatif
Kekuatan Bakat Yang Terpendam Dalam Dlrl Anda
Bagaimana Sebuah Gagasan Boleh Membina Kekayaan
Suatu Pidato Jamuan Makan Yang Menghasllkan Satu Blllon Dollar
Kekayaan Itu Bersumber Dari Fikiran Kita
Pada malam 12 Disember tahun 1900 seramai lapan DUIUh orang usahawan kebangsaan Amerika Syarikat telah berkumpul dan mengadakan satu jamuan makan di University Club. New 

York. untuk menghormati seorang usahawan muda yang berasal dari daerah barat daratan Amerika itu. Akan tetapi hanya beberapa orang sahaja yang menyedari pada waktu itu, bahawa mereka sedang menghadapi satu kurun zaman yang penting dalam sejarah perindustrian Amerika. 

Bertindak sebagai tuan rumah penyelenggara jamuan makan itu adalah J. Edward Simmons dan Charles Stewart Smith. Dalam perjalanan lawatan sambil kerjanya ke Pittsburg, Charles M. Schwab, tokoh yang berusia tiga puluh lapan tahun itu telah diberikan penghormatan untuk mengucapkan pidato. Beliau telah diberikan saranan agar berpidato hanya selama lima belas minit, sebab tidaklah mudah untuk menarik perhatian kerana akhbar pun tidak pernah menyentuh atau memuatkan berita ten tang pertemuan dan pidato itu. Mungkin kerana menganggap bahawa pidato itu lebih berSifat keakraban di kalangan mereka sendiri atau kata-katanya kurang tersusun rapi hanya mengandungi kata-kata yang membosankan. Akan tetapi tidak ada seorang pun akan menduga, bahawa pidato itu boleh mendatangkan modal sebanyak lima bilion dollar. 


Kekuatan luar biasa peribadi Schwab telah mampu memperkatakan tentang satu program penyataan segala usaha yang saling bersaing pada waktu itu untuk menjadi satu industri besi raksasa seperti yang dimiliki oleh Morgan, Carnegie, Gates, Bacon dan lain-lain. 

Pidato Schwab itu berkaitan dengan nasib masa depan industri besi, penyusunan semula demi kepentingan kecekapan, perlunya diadakan pengkhususan, penghapusan bidang kerja yang kurang menguntungkan, pemusatan fikiran dan tenaga terhadap usaha yang sedang berkembang, soal aspek ekonomi dalam pengangkutan bijih besi, kelancaran bidang kepimpinan dan pentadbiran serta soal pemasaran ke luar negeri. 

Bahkan lebih dari itu, Schwab mengemukakan betapa besarnya kerugian yang boleh ditimbulkan oleh perusahaan yang saling berebut dalam pengeluaran bahan itu. Beliau mengemukakan tujuan mereka ialah untuk membentuk satu usaha gabungan yang memiliki monopoli, dan mampu membayar dividen yang berpatutan. Schwab tidak menyenangi politik perniagaan yang berpandangan sempit. yang membatasi diri pada pasaran yang serba terkongkong sahaja, sedangkan masyarakat sedang menuntut satu usaha perluasan. DenRan 



menekankan perbelanjaan pengolahan baja, maka beliau berpendapat perusahaan mampu meluaskan pasarannya baik di dalam negeri mahupun ke seluruh dunia. Sekalipun Schwab tidak menyedarinya. tetapi pada hakikatnya beliau yang merupakan industri moden yang meliputi cara pengeluaran secara besar-besaran itu. 

Pada masa Schwab mengajukan gagasannya itu. beliau tidak mempunyai gambaran sama sekali. apakah mahu menjual saham dengan para pengusaha 'kerdil' yang lain itu. Namun Schwab menaruh keyakinan yang kuat terhadap gagasannya itu. sehingga beliau telah berani mengemukakan gagasan itu dalam pertemuan jamuan makan itu. sekaligus dengan pembuatan lembaran plaikat logam dari setiap perusahaan baja yang dianggapnya sebagai tiang sendi dalam industri raksasa yang akan didirikan itu. 

Tatkala menjelang subuh Morgan bangun dan bertanya satu pertanyaan yang terakhir. Pertanyaan itu telah menyebabkan Schwab berasa agak bingung juga. Ini kerana pertanyaan itu merupakan satu-satunya batu kerikil penghalang. Pertanyaan- nya ialah: "Adakah kamu yakin boleh memujuk Andrew Carnegie untuk menjual saham industrinya itu?' 

"Saya boleh mencubanya dahulu", jawab Schwab. 

“Kalau kamu dapat memujuknya, maka saya pun bersedia untuk mengelolanya". Kata Morgan. 

Setelah sekian lama segalanya itu berjalan dengan lancar. 

tapi apakah Carnegie mahu menjual sahamnya? 

Berapa besarnya jumlah wang yang dituntutnya itu? Menurut 

erkiraan Schwab hanyalah lebih kurang 320,000.000 dollar. Bagaimanakah cara pembayaran yang dituntutnya kelak? 3embayaran biasa atau berupa saham? Saham umum atau berupa saham khusus? Berupa surat-surat berharga atau bentuk wang tunai? Tentu sahaja tidak ada orang yang sanggup membayar dengan wang tunai dalam jumlah wang yang begitu besar. Bayangkan! Seperti bilion dollar, bukannya sedikit! 

Pada bulan Januari di dalam pertandingan goli` di Westchester itu Carnegie hadir, maka Schwab tidak sempat mengemukakan gagasannya itu kepada Carnegie. Hanya setelah mereka memasuki bilik istirehat. barulah Schwab menceritakan gagasan perniagaannya itu kepada Raja Wang tersebut. Dengan kemampuannya yang boleh meyakinkan lapan puluh orang 

pengusaha terkemuka di New York, maka Schwab pun seolah. olah dapat menguasai Carnegie. Sebab sesaat kemudian Carnegie menandatangani sepucuk surat persetujuan, "Ya, setuju.' Jumlahnya: 400,000.00 dollar! Sudah tentu jumlah itu melebihi dana yang dikira semula oleh Schwab, sehingga 80,000.00 dollar. Kelebihannya itu dapat digunakan untuk menunjangkan modal selama dua tahun sebelumnya. 

Peristiwa itu sudah tentu menggoncangkan dunia perniagaan industri besi. Oleh sebab itu maka terbentuk satu usaha raksasa gabungan yang luar biasa hebatnya. Presiden Hadley dari Yale mengucapkan satu ramalan bahawa amanah itu boleh merajai Washington dalam waktu dua puluh lima tahun akan datang. Pengusaha saham Keene berhasil mengumpulkan saham dari masyarakat sebanyak 600,000.00 dollar hanya dalam waktu yang singkat. Carnegie menyerahkan jumlah ratusan juta yang telah ditetapkannya itu. Morgan dengan sindiketnya sebanyak 62,000.00 dollar, ditambah lagi saham lapan puluh pengusaha lainnya seperti Gates, Gray, Bacon dan lain-lain yang jumlahnya hingga berjuta-juta pula. 

Apa pula ganjaran yang diperolehi oleh Schwab? Pada usia tiga puluh lapan tahun itu beliau telah dilantik menjadi presiden syarikat raksasa yang baru dan tetap memegang jawatan itu sampai` tiga puluh tahun lamanya, yakni sampai tahun 1930. 

Post a Comment

0 Comments