- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Wanita yang mempersiapkan rancangan peribadi untuk sesuatu usaha pengendalian penjualan untuk keperluan anak lelakinya itu kini menerima permintaan dari segenap penjuru negeri agar beliau sendiri melapangkan waktu secara sukarela untuk bekerjasama dalam mempersiapkan rancangan yang sama bagi orang lain, yang ingin menyelenggarakan pemasaran penjualan untuk memperolehi jumlah wang yang lebih besar.
Apabila Anda memiliki daya khayalan dan ingin mencari jalan keluar yang lebih menguntungkan bagi khidmat peribadi dalam bidang perniagaan itu, maka saranan ini boleh menjadi perangsang bagi Anda untuk menemui jalan yang Anda cari- cari itu. Gagasan ini boleh memiliki kemampuan yang besar sekali untuk mendatangkan pendapatan yang lebih dari jumlah pendapatan purata yang diperolehi oleh seorang doktor, peguam atau jurutera yang telah menempuh pendidikan beberapa tahun lamanya di pusat pengajian tinggi.
Oleh sebab itulah maka kita tidak dapat menentukan harga yang tetap mengenai gagasan yang baik!
Tetapi di sebalik semua gagasan yang baik itu kita memerlukan ilmu pengetahuan yang khusus. Sayangnya bagi orang-orang yang tidak memperolehi kekayaan yang berlimpah-limpah maka ilmu pengetahuan khusus itu pun lebih baik dibandingkan dengan gagasan. Dan lebih mudah pula untuk memperolehi ilmu pengetahuan khusus itu. Berdasarkan kenyataan ini, maka banyaklah permintaan secara universal dan permintaan ini pun terus bertambah pula, untuk memberikan kesempatan bagi orang-orang itu membantu lelaki ataupun wanita untuk menyelenggarakan usaha penjualan yang lebih menguntungkan lagi. Kemampuan itu bererti daya khayalan. Seseorang hanya berjaya apabila beliau berhasil menggabungkan ilmu pengetahuan khusus dengan gagasan-gagasan dalam bentuk rancangan yang tersusun rapi, yang ditujukan ke arah usaha memperolehi kekayaan itu.
Apabila Anda memiliki daya cipta yang kuat, maka bab ini boleh menunjukkan kepada Anda gagasan yang cukup mantap untuk menunjang usaha Anda serta langkah permulaan menuju sasaran mendapatkan kekayaan yang Anda inginkan itu. Ingatlah baik-baik, bahawa gagasan itu adalah bahan utama dalam pelaksanaan kita untuk mencapai sasaran. Sedangkan ilmu pengetahuan khusus itu dengan mudah kita perolehi di mana-mana dan bila-bila masa sahaia!
0 Comments