- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Saya juga berusaha menekankan dari satu aspek yang lain. Yakni, bahawa sama ada kejayaan mahupun kegagalan itu sebahagian besar adalah hasil dari kebiasaan. Sedikitpun saya tidak sangsi lagi bahawa kejayaan Halpin, dalam dunia perniagaan ini adalah berkaitan rapat dengan kejayaannya dengan dunia bolasepak. Mengapa? Oleh kerana semangat, ketekunan dan hasrat ingin menang dalam bolasepak itu telah tertanam secara mendalam pada jiwa dan fikirannya. Dengan demikian dalam dunia perniagaan pun beliau berusaha seperti itu juga. Sebagaimana kelab bolasepak itu telah mencap, kemasyhuran, maka Halpin menjadi terkenal melalui usaha perniagaan berkat semangat perjuangannya yang gigih itu seperti pada waktu bermain bola. Sesungguhnya ada satu hal yang baik mengapa tidak ada salahnya kita memuji seseorang tokoh. Hal ini boleh membantu kita mencapai kemajuan yang luar biasa. Sebab setiap orang sentiasa ingin menjadi seperti orang yang dipujanya.
Saya yakin benar akan teori yang menganggap persekutuan perniagaan itu sebagai sesuatu faktor yangpenting, yang bersifat menentukan, baik kegagalan mahupun kejayaan. Hal ini dapat saya lihat dengan jelas pada peristiwa anak saya, Blair tatkala beliau berunding dengan Dan Halpin untuk mendapatkan suatu kedudukanl Tuan Halpin menawarkan kepadanya gaji permulaan sekitar separuh sahaja dari jumlah yang ditawarkan oleh syarikat saingan. Namun saya tetap mendesak anak saya dan sebagai orang tua memberi nasihat kepadanya agar beliau menerima sahaja kekosongan yang ditawarkan oleh Tuan Halpin itu. Mengapa? Oleh kerana saya yakin, apabila diri kita berada dalam keadaan yang kurang kita senangi, maka kita akan berusaha keras untuk keluar dari kemelut itu. Dan inilah yang merupakan satu modal yang tidak dapat kita nilai dengan harga.
Mulai dari tahap yang'paling bawah memang bukanlah merupakan tahap yang menyenangkan bagi semua orang. Juga kurang menguntungkan, membosankan dan satu corak nada suasananya. Itulah sebabnya saya menganjurkan agar kita menggunakan waktu itu sebaik-baiknya untuk merancang suatu pelaksanaan tugas dari tahap yang paling bawah itu melalui satu rancangan yang mantap.
0 Comments