- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Dan Halpin merupakan satu contoh yang istimewa tentang apa yang saya maksudkan itu. Pada waktu beliau masih duduk di bangku sekolah, beliau adalah ketua pasukan bolasepak Notre Dame yang terkenal sebagai pemenang kejuaraan sekitar tahun 1930-an. Pada waktu itu pasukan ini mendapat arahan dan bimbingan yang mantap dari Knute Rockne.
Halpin menamatkan persekolahannya pada saat keadaan ekonomi yang paling buruk dalam sejarah, yakni pada masa kemelesetan. Kekosongan kerja sukar didapati. Setelah bekerja sekejap di sebuah bank dan syarikat filem, maka beliau pun memulai sendiri sesuatu usaha yang berpotensi bagi nasib dan hari depannya. Beliau rela melakukan apa sahaja pekerjaan yang boleh beliau kerjakan. Waktu itu beliau mulai menjual alat-alat pembantu pendengaran yang berdasarkan komisyen. Setiap orang boleh menilai satu pekerjaan seperti itu. Dan Halpin menyedari hal itu. Akan tetapi kesempatan itu telah membuka pintu yang luas sekali bagi pelbagai kesempatan yang lain baginya.
Selama hampir dua tahun beliau terus melakukan pekerjaan yang tidak beliau suka itu. Beliau tidak mungkin keluar dari lembah kekalutan pekerjaannya itu, jika sekiranya beliau tidak berbuat sesuatu yang didorong oleh rasa tidak puas hati dalam dirinya. Pada mulanya beliau ingin mengarahkan perhatiannya kepada tugas sebagai Penolong Pengurus bahagian jualan dari syarikat tempat beliau bekerja. Dan beliau memang mendapat pekerjaan itu. Satu langkah yang lebih tinggi tahapnya itu telah menempatkan dirinya pada kemungkinan kesempatan itu boleh melihat dirinya sebagai sasaran.
Halpin begitu berjaya dalam bidang penjualan alat-alat pembantu pendengaran elektronik itu, sehingga A.M. Andrews, Pengerusi Syarikat Dictograph Products Company, sebuah syarikat saingan bagi syarikat tempat Halpin bekerja, ingin mengetahui sesuatu tentang Halpin. Bagaimana Halpin boleh memperolehi kejayaan yang luar biasa dalam usaha penjualannya itu. Maka itulah sebabnya beliau memanggil Halpin. Ketika temuduga itu selesai, maka Halpin telah dilantik sebagai Pengurus yang mengetuai Bahagian Alat-Alat Akustik.
Untuk menguji kebolehan Halpin, Pengerusi Syarikat itu pergi ke Florida selama tiga bulan dan membiarkan Halpin melakukan seorang diri pekerjaannya yang baru itu. Sedikitpun hasilnya tidak merosot. Beliau mempergunakan sebaik~baiknya semangat yang telah ditanamkan oleh Knute Rockne dengan seruan, "Seluruh dunia menyukai orang-orang yang menang, oleh sebab itu tidak ada waktu bagi kita untuk mengalah! Seruan ini menjiwai pekerjaannya dengan begitu mantap sehingga beliau terpilih sebagai Naib Presiden di syarikat itu, yakni suatu jawatan yang memerlukan masa lebih sepuluh tahun. Sedangkan Halpin mencapai ke tahap ini dalam jangka waktu hanya enam bulan sahaja.
Salah satu segi yang ingin saya tekankan melalui seluruh falsafah yang boleh membimbing kita ini ialah bahawa kita boleh mencapai ke tahap kedudukan yang tinggi atau tetap tinggal pada tingkat bawah berdasarkan keadaan yang kita sendiri harus mengendalikannya kalau kita memang mahu menguasainya..
0 Comments