- Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
- Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
- Dua Bentuk Imaginasi.
- Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
- Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
- Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
- Cerek Yang Mengagumkan.
- Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
- Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
- Daya imaginasi itu mempunyai dua bentuk. Yang satu kita kenali dengan istilah 'imaginasi sintetik' sedangkan yang lainnya lagi disebut 'imaginasi kreatif'. Imaginasi sintetik - Melalui daya khayalan ini seseorang boleh menyusun konsep lama, gagasan atau rancangan yang lama menjadi satu kombinasi yang baru. Daya khayalan ini tidak menciptakan sesuatu; Daya khayalan ini hanya mengolah bahan yang sedia ada berdasarkan pengalaman, pendidikan dan pengamatan yang menunj ang daya khayalan itu. Daya khayalan ini kebanyakannya digunakan oleh para pencipta. Dalam hal ini sebagai pengecualian ialah orang-orang yang 'genius', yang menonjolkan daya khayalan yang kreatif pada saat ia tidak mampu memecahkan suatu persoalan melalui imaginasi yang sintetik. Imaginasi kreatif - Melalui daya khayalan yang kreatif kemampuan fikiran manusia yang terbatas itu terus bersentuhan dengan alam kecerdasannya yang tidak terbatas. Daya khayalan ini diterima oleh seseorang melalui apa yang kita sebut 'ilham'. Melalui daya khayalan inilah maka seseorang memperolehi satu gagasan asas yang baru sama sekali. Malahan daya khayalan inilah yang menyebabkan seseorang manusia itu boleh 'melakukan kontrak' atau berhubungan dengan alam bawah sedar manusia yang lain. Dengan daya khayalan itu seseorang boleh mencipta. Daya khayalan yang kreatif itu bekerja secara automatik. Caranya akan kita huraikan dalam halaman-halaman berikutnya. Akan tetapi daya khayalan ini hanya bekerja apabila ñkiran kita yang sedar itu bekerja menurut batas kecepatan yang tertentu. Misalnya apabila fikiran yang sedar itu dirangsang oleh emosi yang mengandungi hasrat yang kuat. Daya khayalan yang kreatif menjadi lebih waspada dalam kaitan perkembangannya melalui penggunaannya. Para pemimpin yang agung dan termasyhur di bidang perniagaan, industri, kewangan serta para seniman besar pencipta lagu, pujangga, pengarang, mereka semua menjadi agung dan termasyhur oleh kerana mereka boleh memperkembangkan daya khayalan mereka yang kreatif. Kedua-dua imaginasi sintetik dan imaginasi kreatif menjadi semakin cepat melalui penggunaan, tidak berbeza seperti penggunaan sebuah otot atau sesuatu organ tubuh itu boleh. berkembang melalui penggunaannya. Hasrat itu hanyalah suatu pemikiran, satu dorongan. Tetapi sifatnya masih abstrak, tidak wujud. Oleh sebab itu ia belum mengandungi nilai. Ia hanya akan mempunyai erti apabila telah dialihkan ke dalam bentuk yang wujud. Yang paling banyak kita gunakan dalam hidup ini adalah daya khayalan yang sintetik. Juga dalam proses mengalihkan hasrat untuk mengarahkan kepada kewujudan berupa wang, maka kita banyak menggunakan daya khayalan sintetik itu. Akan tetapi bila kita berhadapan dengan suatu keadaan atau situasi yang menuntut daya khayalan yang kreatif, maka kita juga boleh menggunakan kedua-dua daya khayalan itu sekaligus.
0 Comments