- Inilah Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
- Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
- Dua Bentuk Imaginasi.
- Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
- Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
- Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
- Cerek Yang Mengagumkan.
- Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
- Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
- Kalau kita tidak menggunakan daya khayalan kita, maka besar kemungkinan daya khayalan kita itu akan menjadi lemah atau lumpuh sama sekali. Akan tetapi daya khayalan itu dapat dihidupkan kembali dan dipertajamkan melalui penggunaan. Namun daya khayalan itu tidaklah mungkin mati atau musnah sekalipun ia boleh lumpuh kerana jarang digunakan.Hendaknya Anda banyak memusatkan perhatian Anda pada perkembangan daya khayalan yang sintetik, kerana Anda akan lebih banyak menggunakan bentuk daya khayalan ini dalam proses menyalurkan hasrat untuk memperolehi wang dan kekayaan. Pengalihan bentuk dari hasrat atau dorongan yang tidak wujud itu kepada bentuk yang nyata dan boleh dirasa dalam bentuk wang dan kekayaan itu memerlukan satu atau sejumlah rancangan. Rancangan ini harus dibentuk melalui bantuan daya khayalan, terutama sekali khayalan sintetik itu. Apabila Anda telah membaca seluruh isi buku ini dan membaca sekali lagi bab ini, maka Anda akan mulai menempatkan dayakhayalan Anda itu pada keadaan giat bekerja untuk menyusun satu atau sejumlah rancangan bagi mengalihkan hasrat Anda itu ke arah mewujudkannya dalam bentuk wang dan kekayaan. Petunjuk-petunjuk secara terperinci tentang bagaimana caranya menyusun sebuah rancangan itu boleh kita temui hampir di dalam setiap bab dalam buku ini. Lakukanlah petunjuk yang paling sesuai dengan keperluan Anda itu, tulislah rancangan Anda itu dalam bentuk ikhtisar apabila Anda belum melakukannya, agar ia mempermudahkan Anda kelak. Pada saat Anda telah memperlengkapi diri dengan rancangan itu secara konkrit, maka ini bererti Anda telah memberi bentuk yang konkrit terhadap hasrat Anda itu. Bacalah sekali lagi ungkapan yang terdahulu ini sebelum itu. Bacalah secara kuat-kuat dan perlahan-lahan kata demi kata. Sementara Anda melakukan itu hendaknya Anda ingat, bahawa pada saat Anda memadatkan pernyataan hasrat Anda itu menjadi satu pernyataan yang konkrit, maka rancangan Anda akan tinggal menjadi kenyataan sahaja. Kalau Anda telah menyusun rancangan itu secara bertulis, maka ini bererti Anda telah mengambil satu langkah dari sederetan langkah yang memungkinkan Anda mewujudkan pemikiran Anda menjadi sesuatu benda yang wujud.
0 Comments