- Inilah Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
- Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
- Dua Bentuk Imaginasi.
- Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
- Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
- Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
- Cerek Yang Mengagumkan.
- Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
- Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
- Gagasan adalah permulaan atau titik tolak menuju ke arah kesempatan untuk mendapatkan harta kekayaan itu. Dan gagasan itu adalah keluaran dari daya khayalan manusia.
Marilah kita tinjau beberapa gagasan yang terkenal, yang telah berjaya meraih harta kekayaan dalam jumlah yang luar biasa besarnya. Dengan cara ini kita berharap dapat memperolehi keterangan tentang kaedah menggunakan daya khayalan untuk dimanfaatkan bagi mencari wang dan kekayaan itu.Sesungguhnya – dan hal 1n1 sangatlah penting ertinya – bumi ini, segala isinya dan berbilion-bilion sel tubuh Anda itu, setiap zat atom dalam setiap benda, pada hakikatnya mulai dari suatu bentuk tenaga yang tidak kelihatan.Hasrat itu adalah dorongan terhadap pemikiran! Dorongan pemikiran itu adalah berbentuk energi. Apabila Anda mulai dengan dorongan pemikiran, yakni hasrat itu, untuk menghimpunkan wang dan kekayaan, maka ini bererti Anda sedang bekerja sesuai dengan hukum alam yang berlaku, yakni menggunakan tenaga yang tidak kelihatan ini. ini bererti Anda menggunakan tenaga yang sama seperti alam semulajadi yang menggunakannya dalam penciptaan bumi, benda-benda yang wujud di alam semesta ini. Di dalamnya sudah termasuk tubuh dan otak, di mana dorongan pemikiran Anda itu berada.Anda dapat menghimpun wang atau harta kekayaan dengan bantuan hukum alam yang tidak pernah berubah ini. Akan tetapi pertama sekali Anda harus mengenali betul hukum itu serta belajar menggunakannya. Melalui pengulangan serta menerapkan apa yang dilukiskan oleh prinsip-prinsip ini ditinjau dari berbagai-bagai aspek yang munasabah. maka pengarang buku ini berharap dapat mengungkap satu rahsia kepada Anda bagaimana cara sebenarnya orang-orang yang berjaya itu telah berhasil menghimpun wang dan kekayaan mereka itu. Kedengarannya aneh dan merupakan suatu paradoks, akan tetapi apa yang kita sebut ‘rahsia’ itu sebenarnya bukan rahsia lagi. Sebab dalam alam itu sendiri kita boleh temui bukti- buktinya. Alam semasa hidup kita sendirilah yang turut mengungkap rahsia tersebut. Pandanglah kepada bintang- bintang, planet-planet, yang kita lihat berhadapan dengan bumi kita, segala unsur-unsur makhluk dan benda sekeliling kita, pada setiap helai daun rumput, bahkan setiap bentuk kehidupan yang nampak di hadapan mata kita.Prinsip-prinsip yang akan kita huraikan berikut ini akan membuka pengetahuan kita tentang imaginasi itu. Cubalah Anda baurkan pengertian Anda itu. Apabila Anda membaca falsafah ini untuk pertama kalinya, maka cubalah~Anda baca lagi dan pelajari. Maka Anda akan menemui kenyataan, bahawa ada sesuatu yang terjadi, yakni kedudukan persoalannya menjadi lebih jelas. Dengan demikian Anda akan memperolehi pengertian yang lebih luas lagi dalam rangka keseluruhannya. Itulah sebabnya kami anjurkan sebaiknya Anda membaca buku ini sebanyak dua tiga kali, agar dapat memahami prinsip-prinsip yang terdapat dalam buku ini. Jangan sampai Anda terhenti atau ragu-ragu. Dengan membaca secara berulang-ulang kali maka keraguan Anda itu akan hilang dan Anda tidak akan menghentikan usaha Anda itu
0 Comments