- Inilah Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
- Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
- Dua Bentuk Imaginasi.
- Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
- Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
- Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
- Cerek Yang Mengagumkan.
- Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
- Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
- Lima puluh tahun yang lalu, seorang doktor yang bertugas di daerah perkampungan melakukan perjalanan sambil mengendarai kuda ke kota. Dengan perlahan~lahan beliau menyeret kudanya itu ke belakang sebuah kedai ubat. Melalui pintu belakang, doktor itu menemui seorang pemuda yang bekerja sebagai kerani di dalam kedai ubat itu.Lebih dari satu jam kedua-dua orang itu berbincang dengan nada suara yang perlahan. Kemudian doktor itu meninggalkan tempat itu. Beliau pergi ke tempat kudanya ditambat, lalu sesaat kemudian beliau kembali sambil menggendong sebuah cerek besar buatan dahulukala. Turut’ dibawanya juga ialah sebatang sendok yang diperbuat dari kayu, yang biasanya digunakan orang untuk mencedok isi cerek itu. Doktor itu meletakkan cerek itu di belakang kedai ubat itu.Pemuda yang menjadi kerani kedai ubat itu memeriksa keadaan cerek itu, memasukkan tangannya ke dalam koceknya, mengambil segulung helaian wang dollar dan menyerahkannya kepada doktor itu. Gulungan helaian wang itu berjumlah 500 dollar, yakni seluruh wang tabungan pemuda itu.Doktor itu menyerahkan sehelai kertas yang di atasnya telah dituliskan satu rumusan rahsia kepada pemuda itu. Tetapi kata- kata yang dituliskan oleh doktor itu di atas kertas tersebut sama harganya dengan selonggok harta kekayaan milik seseorang raja. Tetapi harta kekayaan itu tidak jatuh ke dalam tangan doktor itu. Kata-kata keramat itu diperlukan untuk mendorong cerek itu mulai memasak sesuatu di dalamnya. Akan tetapi sama ada doktor mahupun pemuda itu yang menyedari betapa besarnya harta kekayaan yang terkandung dalam cerek tua itu, yang sebenarnya boleh mereka gali. `Doktor tua itu sangat gembira sekali kerana beliau dapat menjual benda yang buruk itu dengan harga 500 dollar. Pemuda itu hanya bersikap berasa beruntung dengan mengeluarkan seluruh wang simpanannya untuk ditukar dengan sehelai kertas yang berisi rumusan ringkas berserta dengan cerek tua itu_ Pemuda itu tidak pernah bermimpi bahawa modalnya yang berupa cerek tua itu akan boleh mengeluarkan emas dengan berlimpah-limpah, melebihi harta karun yang diperolehi oleh Alladin dengan menggosok-gosok lampu ajaibnya itu.Apa yang mendorong pemuda itu membeli benda itu sesungguhnya adalah merupakan satu gagasan semata-mata!Cerek yang tua itu serta sudip kayu dan pesanan berupa rumusan di atas sehelai kertas itu berpandu secara kebetulan sahaja di tangan pemuda itu. Cerek itu mulai menghasilkan suatu yang ajaib setelah pemiliknya yang baru itu mencampuradukkan rumusan rahsia itu dengan resepi lain, yang doktor itu tidak mengetahuinya.Marilah kita lihat apakah yang telah ditambahkan oleh pemuda itu dalam rumusan yang lama itu, sehingga menyebabkan cerek itu menghasilkan emas secara berlimpah` limpah. Di sini kita menyaksikan satu kisah, yang lebih aneh dari fiksyen, berupa fakta-fakta yang dimulai dengan bentuk sebuah gagasan.Sebaiknya kita mentelaah betapa banyaknya emas dan harta kekayaan yang boleh dihasilkan oleh cerek itu hanya berdasarkan sebuah gagasan. Gagasan itu telah mendatangkan hasil yang luar biasa besarnya dan gagasan itu pun masih menghasilkan wang dan harta kekayaan yang banyak lagi bagi lelaki mahupun wanita di seluruh dunia, yang membahagi-bahagi isi cerek itu kepada jutaan umat manusia di seluruh dunia.Cerek yang tua itu kini merupakan sumber dari pembuatan gula putih di seluruh dunia, yang menjadi bahan kegunaan jutaan umat manusia di seluruh dunia. Rumusan yang telah mengolah gula itu telah membuka peluang berupa pekerjaan tetap bagi jutaan umat manusia untuk menanam tebu dan mendirikan kilang pemprosesan gula serta kegiatan pemasaran gula yang luas di seluruh dunia.Cerek yang tua itu sendiri setiap tahun menghasilkan jutaan botol-botol gula, yang harus dibuat di kilang pula. Maka muncullah kilang botol yang diperbuat dari gelas. Kilang gelas ini membuka peluang pekerjaan bagi ribuan pekerja.Cerek yang tua itu telah membuka peluang pekerjaan bagi ribuan pegawai, kerani, jurutrengkas, penulis naskah, pengusaha iklan dan ahli~ahli di seluruh negeri. Cerek itu telah membawa kemasyhuran serta wang bagi sejumlah seniman yang telah menciptakan hasil karya yang besar di bidang memperluaskan pengeluaran gula itu.Cerek yang tua itu telah mengubah sebuah desa kecil di negara bahagian Selatan Amerika menjadi sebuah bandar industri dan perdagangan yang besar di daerah Selatan. iaitu setiap pengusaha, pedagang dan semua penduduknya mendapat manfaat dan keuntungan daripadanya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.Pengaruh daripada gagasan itu kini terasa manfaatnya di semua negara yang mengikuti peradaban dunia. Seolah-olah setiap hari gagasan itu menuang arus emas dan harta dengan tidak berhenti-henti bagi sesiapa sahaja yang menyentuhnya.Emas yang dihasilkan oleh cerek tua itu telah berjaya membangun dan mengelola salah satu sekolah tinggi yang terkemuka di daerah Selatan Amerika, tempat ribuan pemuda~ pemudi memperolehi latihan dan kemahiran untuk meraih kejayaan yang diperlukan selanjutnya.Sekiranya pengeluaran cerek tua itu boleh berkata-kata secara langsung, maka ia akan dapat bertutur tentang kisah yang mendebarkan hati dalam segala bentuk bahasa yang romantis. la akan mengisahkan tentang roman percintaan, romantisme dalam perdagangan, romantisme di kalangan lelaki dan wanita profesional, yang setiap hari terdorong semangatnya untuk giat bekerja dan berusaha untuk mengejar hasil cerek itu.Pengarang buku ini yakin benar terhadap satu romantisme yang pernah dihasilkan oleh cerek tua itu. Sebab pengarang ini juga pernah terlibat dalam pengaruh cerek tua itu. Dan tempat keterangan pengarang dalam mengetahui hal ini tidaklah jauh tempatnya dari tempat pemuda itu membeli cerek tua itu dari tangan doktor itu. Dan di sinilah pengarang tersebut pertama kali bertemu dengan isterinya dan memang isterinya itulah yang mula~mula sekali menceritakan kepadanya tentang adanya cerek yang mengagumkan itu. Hasil keluaran cerek itulah yang mereka minum bersama tatkala beliau bertanya kepada isterinya itu sama ada beliau bersedia menjadi teman sehidup sematinya dalam keadaan susah dan senang.Walau siapapun Anda, apapun kedudukan Anda, di manapun Anda tinggal, ingatlah selalu pada setiapkali Anda melihat jenama minuman Coca Cola dengan pemasarannya yang sangat luas di seluruh dunia itu, yang pendapatannya begitu besar mendatangkan wang yang hanyalah mula-mula tumbuh dan berkembang dari satu gagasan yang sederhana itu. Dan rahsia resepi ajaib yang telah digunakan oleh pengasas kilang Coca Cola itu sehingga pesat maju itu, Asa Candler, hanyalah dengan cara mencampurkan rumusan rahsia itu dengan imaginasi.Cubalah Anda berhenti sejenak dan merenung sebentar!Juga hendaklah Anda ingat bahawa langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai kekayaan yang begitu besar, yang digambarkan dalam buku ini, adalah cara yang pernah ditempuhi oleh pengusaha Coca Cola yang telah berhasil menyeb arluaskan pengaruhnya serta memperluaskan pemasarannya hingga ke pinggir-pinggir kota dan desa, bahkan hingga ke seluruh dunia. Dan gagasan yang sederhana itu juga boleh Anda ciptakan sendiri. Anda boleh mencetuskan satu gagasan yang sihat dan menguntungkan seperti yang dicetuskan oleh pengusaha Coca Cola itu. Anda juga boleh membuka satu kemungkinan untuk menyamai gagasan yang unggul seperti itu, yang telah berhasil menjadi pembasmi dahaga yang unggul di seluruh dunia.
0 Comments