Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Bagi seseorang yang tidak suka mengambil inisial if atau yang tidak menghayati prinsip itu` maka petunjuk ini tidak akan dapat dipraktiskan olehnya. Petunjuk ini akan banyak membantu bagi orang-orang yang menghayati enam langkah itu. Lihatlah Andrew Carnegie. yang mulai dari kedudukan sebagai seorang pekerja biasa di sebuah penggilingan. Akan tetapi_ bermula dari keadaannya yang serba sederhana. tetapi setelah menjalankan prinsip itu, beliau pun berjaya mencapai wang dan kekayaan ratusan juta dollar. 
Edison sendiri mengakui bahawa enam prinSip itu bukan sahaja berjaya untuk mengumpulkan wang, tetapi juga untuk keperluan mencapai apa sahaja matlamat dalam hidup ini. 
Langkah-langkah itu tidak menuntut usaha secara hemati- matian dari pihak diri kita. Tidak meminta apa jua pengorbanan. Tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Mencukupi sekiranya seseorang itu memiliki daya khayalan yang kuat supaya boleh melihat, memahami bahawa untuk memperolehi wang dan kekayaan itu. kita tidak boleh melaksanakannya atas dasar kebetulan sahaja. Atau bersikap mengambil untung atau menunggu adanya nasib baik. Semua orang kaya yang berjaya, mula-mula telah memimpikan kekayaan itu dahulu, menaruh harapan ke atasnya, berkeinginan untuk memperolehinya dan mempunyai hasrat yang kuat serta merancang bagaimana caranya mendapatkan kekayaan itu sebelum mereka berjaya mendapatkan wang tersebut.
Sekarang pun Anda boleh tahu bahawa Anda juga boleh menjadi seorang kaya. Tetapi Anda tidak mungkin menjadi kaya tanpa Anda sendiri memiliki hasrat untuk memperçlehi wang itu. Pada hakikatnya Anda harus benar-benar yakin bahawa Anda akan memiliki kekayaan itu.