Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Di tengah dunia yang saling berlumba-lumba mencari kekayaan ini, kita harus menyedari bahawa sekarang ini diperlukan gagasan yang serba baru, cara-carabaru, kepimpinan gaya baru, penemuan baru. kaedah mengajar yang baru. cara pemasaran yang baru, bahan bacaan yang baru, alat televisyen yang baru dan kemajuan teknik yang baru. Di samping ini semua, terdapat satu hal yang tidak boleh kita abaikan. yakni kebulatan tekad untuk mencapai tujuan serta hasrat yang menyala-nyala.  
Orang-orang yang berhasil menjadi kaya adalah mereka yang merubah apa yang mustahil menjadi sesuatu yang praktis, yang sebelum ini tidak kelihatan bahawa ia boleh dicapai. Tenaga yang terpendam diolah menjadi bangunan-bangunan pencakar langit. kota-kota, kilang-kilang, kapal terbang. kereta dan apa sahaja yang boleh menambah hidup ini menjadi lebih nikmat dan bersemarak.  
Dalam menyusun rancangan untuk mendapatkan kekayaan itu, maka Anda tidak perlu terpengaruh oleh orang lain. Cukuplah Anda berpegang teguh kepada semangat orang-orang besar pada masa lalu, yang telah berjaya meninggikan nilai peradaban manusia. Kita boleh memperkembangkan bakat dan kemampuan kita sesuai dengan tauladan mereka itu. 
Apabila apa yang Anda inginkan itu baik dan Anda yakin betul bahawa itu adalah baik. teruskanlahl Tidak perlu dihiraukan apa yang orang lain katakan, sebab mereka juga tidak tahu bahawa kegagalan itu seringkali juga membawa kemungkinan yang menguntungkan bagi kita.
Edison bermimpi tentang lampu yang boleh menyala dengan kekuatan tenaga elektrik. Beliau mulai menerapkan mimpinya itu menjadi satu kenyataan. Mungkin beliau telah mengalami lebih dari seribu kegagalan. tetapi beliau tetap berpaut pada impiannya itu sehingga khayalannya itu menjelma menjadi kenyataan. Orang-orang yang praktis mengolah impiannya itu menjadi satu kenyataan dan tidak pernah mahu menyerah begitu sahaja.
Wheelan pernah bermimpi memiliki kilang cerut terbesar di Amerika. Hal itu kemudian menjadi satu kenyataan.  
Wright bersaudara bermimpi tentang sebuah mesin yang boleh terbang di udara. Sekarang semua orang menyaksikan manusia membuat perjalanan dengan kapal terbang sebagai sesuatu yang biasa sahaja.
  Marconi bermimpi tentang tenaga yang terdapat pada gas di angkasa. Buktinya kini menjadi kenyataan, bahawa kita boleh mendengar berita melalun radio dan televisyen di seluruh dunia.

Padahal pada mula-mulanya, sahabat-sahabat Marconi telah menganggap beliau itu gila. lalu menghantarnya ke penjara dan rumah sakit gila. Ini kerana mereka menganggap mustahil pada waktu itu untuk mengirim dan menerima berita tanpa menggunakan wayar.  
Sementara itu dunia kita ini penuh dengan kesempatan yang berlimpah-limpah, yang belum disedari kemungkinannya. Sebab orang-orang itu belum dapat memahaminya melalui daya khayalan mereka. 

Post a Comment

0 Comments