Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Untuk melancarkan impian itu ke arah sasarannya yang tepat. diperlukan bahan bakar, yakni : hasrat yang menyala-nyala. Impian itu tidak mungkin menjadi kenyataan bila kita memiliki sikap tidak peduli, malas atau tidak bersemangat.
Ingatlah baik-baik bahawa semua orang yang berjaya itu mula- mula memang harus mengalami peringkat permulaan yang pahit, perjuangan yang memerlukan tenaga, agar boleh bertahan hidup. Saat yang paling menentukan bagi seseorang ialah saat beliau mengalami krisis.
John Bunyan menulis bukunya yang terkenal, The Pilgrim’s Progress setelah beliau dimasukkan ke dalam penjara dan dihukum kerana pandangannya yang lain terhadap pelaksanaan agama. Tetapi bukunya itu menjadi salah satu buku yang terindah dalam dunia khazanwindowsinterah kesusasteraan Inggeris.  
O. Henry mendapati dirinya memiliki bakat sebagai pengarang besar tatkala beliau mengalami bencana dalam' kehidupannya. Beliau masuk penjara dan mengalami penderitaan yang luar biasa, tetapi beliau dipuja sebagai pujangga besar di Amerika dan bukannya sebagai penjenayah. 
Charles Dickens memulakan kariernya sebagai buruh menampal label di kilang cat. Kegagalan cintanya yang pertama menyusup sampai ke dalam lubuk hatinya sehingga menjelmakan beliau menjadi seorang pengarang terbesar di dunia. Tragedi percintaannya mendorong beliau mengarang buku, David Copperfield terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh banyak snnekali buku-bukunya yang lain, yang mengungkap kekayaan rohani luar biasa banyaknya bagi kekayaan jiwa pembaca.
Helen Keller menjadi pekak. buta dan bisu semenjak masa kunak-kanaknya, namun namanya kini tercatat sebagai salah seorang tokoh terbesar di dunia. Seluruh kehidupannya merupakan satu bukti. bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dikalahkan oleh nasib kecuali kalau beliau sendiri menerima nasibnya itu sebagai kekalahan.  
Robert Burns adalah seorang buta hurul` di kampung, hidup serba kekurangan dan suka mabuk. Tetapi penderitaannya telah membawa beliau ke satu taman yang indah. Di situ beliau menanam duri, tetapi memetik buah mawar yang indah sebagai hasilnya.  
Beethoven adalah seorang yang tuli. Milton pula seorang buta. Tetapi mereka telah menanam impian dan cara berlikir mereka menjadi kenyataan yang sangat berharga bagi umat manusia yang lain.
Namun terdapat perbezaan antara menginginkan sesuatu dengan keadaan sedia menerima sesuatu. Tidak mungkin seseorang itu akan menerima sesuatu kalau beliau tidak yakin boleh memperolehinya. Oleh sebab itu cara berükirnya haruslah yakin terlebih dahulu dan bukanlah hanya sekadar berharap atau ingin sahaja. Cara yang terbuka diperlukan untuk menanam keyakinan itu. Fikiran yang tertutup dan sempit tidak mendorong keyakinan atau semangat berusaha.  
Cuba perhatikan bahawa tidak ada usaha yang lebih tinggi yang boleh membawa kemakmuran dan kemewahan bagi kita selain melalui kekurangan dan penderitaan. Seorang pujangga besar pernah menulisnya sebagai berikut:  

Aku menilai hidup ini murah,
Maka batas rezeki milikku pun murah.
Tetapi bila aku penuhi lumbungku sampai malam,
Maka hasilku penuh kemewahan.

Hidup itu adalah majikan bagiku,
Yang memberi upah atas segala penat jerihku,
Tetapi sekali kita tentukan upah yang tinggi bagi kita,
maka seharusnya tugas kita itu membawa kebaikan bagi kita. 

Kalau aku hanya bekerja untuk menebus  hutangku sahaja, 
Maka aku akan kecewa dan menderita. 
Tetapi bila aku menentukan sendiri nilai hidup.

Maka hidup itu akan membayar harga yang mahal kepada diriku.  

Post a Comment

0 Comments