Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga Kita

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Saya pernah mengenali seseorang yang menurut doktor semenjak lahirnya akan menjadi pekak dan bisu untuk seumur hidupnya kelak. 
Tetapi saya menentang pendapat doktor itu. Memang saya berhak untuk membantah pendapat doktor itu kerana saya sendirilah ayah kepada anak kecil yang dimaksudkan itu. Tetapi bantahan itu saya simpan secara diam-diam dalam hati saya.  
Di dalam fikiran saya itu, saya menyedari bahawa anak saya itu mesti boleh mendengar dan berbicara. Bagaimana caranya? Saya yakin bahawa mesti ada jalan keluar. Saya yakin bahawa saya pasti boleh menemui jalan keluar itu. Saya teringat akan kata-kata emas ucapan Emerson, "Seluruh jalan hidup kita mengajarkan satu keyakinan bagi kita. Oleh sebab itu kita hanya bersikap taat sahaja. Bagi setiap orang sentiasa mempunyai petunjuk. Kita hanya perlu mendengarkan sahaja. Yang kita perlukan itu ialah kata-kata petunjuk yang tepat".  
Apakah kata petunjuk yang tepat itu? Tidak lain ialah hasrat dan kemampuan kita. Itulah yang paling berharga di atas segala- galanya. Saya berhasrat agar anak saya jangan sampai menjadi bisu dan pekak. Bertitik tolak dari hasrat itulah, maka saya tidak pernah berundur. 
Apakah yang boleh saya lakukan bagi anak itu? Memindahkan cara berfikir saya ke dalam otaknya tanpa melalui bantuan telinganya.  
Sebaik sahaja anak itu cukup dewasa untuk dilatih supaya bekerjasama. maka saya akan memenuhkan fikirannya dengan satu hasrat yang menyala-nyala agar beliau harus mendengar. Bahawa pembawaan alam boleh kita kalahkan dengan satu kenyataan. Dan setiap hari saya memperbarui tekad ini bahawa anak saya tidak boleh menjadi bisu dan pekak.
Semakin anak itu meningkat usia dan mulai memerhatikan keadaan persekitarannya. maka beliau boleh mendengar sedikit- sedikit. Beliau memang belum boleh bertutur, tetapi saya yakin beliau boleh mendengar. Saya gembira melihat kenyataan im'. Sebab kalau beliau sudah boleh mendengar sedikit, maka pasti beliau boleh memperkembangkan kemampuan mendengarnya itu lebih besar lagi. Lalu terjadilah sesuatu yang memberi harapan besar bagi saya. Datangnya dari sumber di luar dugaan sama sekali.  

Post a Comment

0 Comments