Cara Berfikir Yang Menciptakan Keajaiban

  

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Menyedari akan kemampuannya menghayati dunia baru ini, maka beliau pun menulis surat kepada syarikat alat pendengar elektronik itu tentang pengalamannya dan mengajukan cadangan-cadangan tertentu. Syarikat alat pendengaran itu pun membuat surat jemputan kepadanya untuk datang.
Beliau telah diberikan kedudukan penting dalam kilang itu kerana buah fikirannya banyak meningkatkan penyempurnaan peluang teknik alat pendengar, sehingga memberikan peluang bagi jutaan umat manusia yang cacat pendengaran, mendengar dan berfikir seperti manusia biasa.
Beliau telah turut membawa harapan dan kelegaan bagi jutaan orang, yangjika sekiranya tanpa bantuannya akan tetap menjadi manusia yang pekak dan bisu untuk selama-lamanya. 
Satu hasrat yang menyala-nyala dalam dirinya untuk boleh mendengar. bertutur dan hidup sebagai manusia yang normal telah mehdorongnya berjaya mencapai impiannya itu. Beliau telah lahir dalam keadaan cacat tubuhnya. yang amat menghalang kemajuan baginya. Akan tetapi kini beliau boleh mengatasi semua halangan itu.  
Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang sempurna atau tidak sempurna sebenarnya. Asal sahaja seseorang itu mempunyai keyakinan. hasrat yang menyala-nyala, maka beliau boleh merubah halangan yang pahit getir itu menjadi kenyataan yang manis. Dan kemungkinan peluang seperti ini terbuka luas bagi sesiapa sahaja.

Post a Comment

0 Comments