Hasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental

 Hasrat Adalah Titik Tolak Dari Semua Usaha Untuk Memperolehi KejayaanOrang yang membakar Jambatan Hidupnya Dorongan Yang Membawa Kejayaan Enam Cara Untuk Mengubah Hasrat Menjadl Kekayaan Bayangkan Bahawa Anda Adalah Seorang Jutawan Betapa Kuatnya Pengaruh Sebuah Impian itu!Bagaimana Melancarkan lmplan Itu Ke Arah Kenyataan Hasrat Dapat Mengungguli Kekurangan Jiwa Raga KitaSatu Peristiwa Yang Merubah Hidup Beliau Memenangi Satu Dunia Baru Hanya Dengan Enam SenBudak Pekak Yang Boleh MendengarCara Berfikir Yang Menciptakan KeajaibanHasil Mengagumkan Dari Penggemblengan Mental
Satu hal yang mengagumkan. didapati pada din Puan Schumann-l-leink ialah hasratnya yang besar untuk menjadi biduanita opera.  
Maka wanita ini pun pergi ke Wina dan berjumpa dengan Pengarah Opera istana. Beliau terus meminta supaya diuji suaranya. Akan tetapi pengarah itu tidak mahu mengujinya. Hanya dengan sekali pandang sahaja pengarah itu sudah tidak tertarik pada wanita yang parasnya buruk serta keadaan pakaiannya yang serba miskin itu. "Kamu tidak mungkin boleh menjadi seorang penyanyi".  
Sambil tertawa lebar pengarah opera itu mengatakan, “Dengan wajah seperti Anda ini serta keperibadian tidak menarik yang Anda miliki ini, maka tidak usahlah Anda bersusah payah untuk menjadi bintang opera. lebih baik Anda pergi membeli sebuah mesin jahit dan bekerjalah dengan baik. Anda tidak mungkin menjadi seorang biduanita!”
Tetapi perkataan tidak mungkin itu rasanya terlalu melulu untuk diperkatakan oleh pengarah itu. Jika sekiranya wanita itu belajar teknik menyanyi. maka beliau pasti boleh. Jika sekiranya Pengarah opera itu menyedari betapa besarnya gelora hasrat dalam diri wanita itu untuk menjadi penyanyi, maka beliau tidak akan tersalah tafsir dan menolak pemohonan wanita yang berbakat itu.  
Tidak beberapa lama dahulu, seorang sahabat karib seperjuanganku telah jatuh sakit dan perlu menjalani pembedahan. Setelah selesai melakukan pembedahan doktor pun berkata, “Tipis sekali kemungkinan untuk Anda boleh bertemu dengannya lagi dalam keadaan yang hidup”. Itulah pendapat doktor. Tetapi ini bukannya pendapat pesakit itu.
Tatkala dibawa kepada pesakit itu , beliau masih boleh berbisik kepada saya, “Saya akan sembuh dalam beberapa hari lagi”.
Dan ternyata sahabat saya itu sembuh kembali. Doktor berkata, “Tidak ada lain yang menyelamatkan nyawanya kecuali hasratnya yang menyala-nyala untuk tetap terus hidup dan sedikit pun beliau tidak mahu mengakui tentang adanya kemungkinan datangnya maut menjemputnya”.  
Saya yakin akan kekuatan ini, sebab saya telah melihat ramai orang yang mencapai darjat hidupnya dari seorang yang sederhana hingga menempati kedudukan yang tinggi, terhormat dan memiliki kekayaan yang melimpah. Saya telah menyaksikan ramai orang terjerumus masuk ke liang kubur. Tetapi saya pun melihat sekian ramai orang yang telah berjaya mengatasi sengat kematian itu hanya kerana hasrat mereka itu menyala-nyala untuk tetap terus hidup. Saya sendiri telah menyaksikan peri kehidupan anak saya dari tahap bisu pekak menjadi manusia yang normal.
Melalui prinsip yang kukuh serta gabungan mental yang tidak pernah kendur, maka hasrat yang menyala-nyala itu akan menghasilkan keadaan-keadaan yang mengagumkan dalam hidup kita ini.

'Fikiran kita tidak mengenal batas selagi kita masih boleh membayangkannya”

“Kemiskinan dan kekayaan itu bersumber dari cara berfikir kita". 


Post a Comment

0 Comments