Kita harus membayangkan hasrat itu dan yakin bahawa kita boleh memenuhi hasrat itu
http://berfikirkearahkejayaan.blogspot.com/2015/07/bagaimana-memperkembangkan-keyakinan-itu.html
Tidak Ada Seorang Pun Yang Dllakdlrkan Untuk Bernasib Buruk
Keyakinan Adalah Pemikiran Yang Didorong Oleh 'Autosugesti'
Keajaiban Daripada Sugesti Diri Sendiri
Rumusan Untuk Membina Rasa Percaya Terhadap Diri Sendiri
Bencana Akibat Cara Berfikir Negatif
Kekuatan Bakat Yang Terpendam Dalam Dlrl Anda
Bagaimana Sebuah Gagasan Boleh Membina Kekayaan
Suatu Pidato Jamuan Makan Yang Menghasllkan Satu Blllon Dollar
Kekayaan Itu Bersumber Dari Fikiran Kita
Jauh di dalam diri Anda sedang terpendam sesuatu kekuatan benih kemampuan, yang boleh mencapai sesuatu. Bila tenaga itu dibangkitkan dan diwujudkan dalam tindakan. maka ia boleh mengangkat darjat Anda ke suatu tahap yang tidak pernah Anda duga selama ini.  

Sebagaimana halnya seorang pemain biola yang boleh mengeluarkan bunyi yang merdu dari dalam getaran tali sebuah biola, maka demikian pula Anda boleh membangkitkan kemampuan yang terpendam dalam diri Anda itu, untuk mencapai suatu tarafyang lebih tinggi dalam nilai hidup Anda. 
Abraham Lincoln banyak mengalami kegagalan dalam segala apa yang beliau usahakan. Hanya setelah berusia lebih dari empat puluh tahun barulah beliau berhasil meraih kejayaan. Keberhasilannya itu muncul sebagai satu kejutan, melalui satu pengalaman dalam hidupnya, setelah beliau membangkitkan tenaga bakat yang terpendam dalam batin dan otaknya. Lincoln muncul sebagai salah seorang wargadunia yang agung, yang sukar dicari tandingannya. Pengalaman yang mendorong Lincoln maju adalah campuran emosi penderitaan dan cinta yang beliau alami melalui Anna Ritledge, satu-satunya wanita yang beliau sangat cintai. 
Emosi cinta memang mempunyai kaitan yang rapat dengan pemikiran yang kita sebutkan sebagai keyakinan kita itu. Maka itulah sebabnya cinta itu besar pengaruhnya terhadap pemikiran dan dorongan hasrat seseorang. Dari bukti-bukti penelitian penulis buku ini terhadap ratusan orang yang diambil sebagai contoh, maka terdapat pengaruh kasih sayang di sebalik tindakan setiap orang. Agama-agama besar pun pada umumnya mendasarkan ajarannya pada keyakinan berdasarkan kasih sayang itu. 
Cubalah kita amati kekuatan keyakinan yang terpendam dalam diri Mahatma Gandhi. Di dalam diri Gandhi terdapat contoh yang mengagumkan tentang satu keyakinan yang kuat. yang tidak ada taranya daripada manusia lain yang sezaman dengannya. Mahatma Gandhi tidak memiliki wang, kapal perang. tentera ataupun senjata. Bahkan sepasang pakaian biasa pun beliau tidak ada` Tetapi beliau memiliki satu tenaga kekuasaan yang luar biasa. Dari mana datangnya kekuatan dalam dirinya itu? 
Beliau telah berhasil menimbanY'fl dari Wins“) keyakinamlya Dan melalui kemampuannya Itu behau telah mampd memindahkan pengarUhnya it“ kepada ratusan juta umat manusia_ Sesungguhnya tidak ada lagl tenaga kekuatan lam yan boleh mengungguli keyakinan seseorang Itu.