Keadaan bawah sedar hanya menerima dorongan yang konstruktif ataupun negatif, tetapi dapat membeza-bezakannya. Ia hanya mengolah apa yang dianjurkan kepadanya untu., diwujudkan menjadi kenyataan melalui dorongan keyakinan atau keberanian.
Seperti halnya tenaga elektrik boleh menggerakkan roda industri untuk membawa hasil yang berlipat kali ganda, maka demikian juga autosugesti itu boleh membawa kedamaian dan kemakmuran bagi kita. Sebaliknya apabila kita berfikir secara negatif, maka kita akan terjerumus ke dalam lembah kemelut. kegagalan dan kematian. Semuanya bergantung kepada tingkat pengertian dan penerapan diri kita sendiri.
Sekiranya fikiran Anda dipenuhi oleh rasa takut. keraguan dan kurang percaya atas kemampuan diri. sendin. maka hasil yang Anda petik pun akan wujud secara yang negatifjuga.
Seperti halnya angin yang membawa kapal layar ke arah timur atau ke barat, maka demikian pula 'autosugesti' boleh membawa kita ke mana sahaja sesuai dengan arah layar tujuan fikiran kita itu.
Hukum 'autosugesti' yang mendorong seseorang untuk mencapai sesuatu itu melalui perwujudan fikirannya dapat kita gambarkan dengan sajak yang berikut ini:
Bila Anda berfikir bahawa Anda telah ditakluki, maka sebenarnya Anda telah kalah.
Bila Anda berfikir bahawa Anda tidak mampu, maka Anda memang telah menjadi lemah.
Bila Anda ingin menang, tetapi Anda berfikir bahawa Anda tidak boleh menang, maka pastilah Anda tidak akan menang. Bila Anda berfikir bahawa Anda akan menderita kemgian, maka Anda akan benar-benar kerugian.
Walau di mana pun di segenap alam sejagat ini, kejayaan itu hanya berpangkal dari kemahuan seseorang. Yang mewujudkan pemikirannya.
Bila Anda berfikir bahawa kedudukan Anda tersisih dalam masyarakat, maka Anda akan mengalami perlakuan yang sedemikian.
Oleh sebab itu Anda hendaknya berfikir jauh dalam usaha meningkatkan darjat Anda itu.
Anda harus yakin benar akan diri Anda sendiri, sebelum Anda berhasil memenangi suatu hadiah. Pertarungan dalam keadaan perjuangan hidup ini memang tidak selamanya mendatangkan keuntungan bagi yang kuat ataupun yang cepat. Akan tetapi lambat atau Cepatnya orang yang menang itu, Andalah orang itu yang berfikir bahawa beliau memang boleh!
Perhatikanlah baik-baik kata-kata yang diberi oleh pengarang sajak itu. Maka Anda akan mampu menangkap maknanya yang sebenamva.
|
0 Comments