Kita harus membayangkan hasrat itu dan yakin bahawa kita boleh memenuhi hasrat itu
http://berfikirkearahkejayaan.blogspot.com/2015/07/bagaimana-memperkembangkan-keyakinan-itu.html
Tidak Ada Seorang Pun Yang Dllakdlrkan Untuk Bernasib Buruk
Keyakinan Adalah Pemikiran Yang Didorong Oleh 'Autosugesti'
Keajaiban Daripada Sugesti Diri Sendiri
Rumusan Untuk Membina Rasa Percaya Terhadap Diri Sendiri
Bencana Akibat Cara Berfikir Negatif
Kekuatan Bakat Yang Terpendam Dalam Dlrl Anda
Bagaimana Sebuah Gagasan Boleh Membina Kekayaan
Suatu Pidato Jamuan Makan Yang Menghasllkan Satu Blllon Dollar
Kekayaan Itu Bersumber Dari Fikiran Kita
Pertama

Saya sedar bahawa saya mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat tujuan yang pasti dalam kehidupan saya. Oleh sebab itu saya menuntut dari diri saya sendiri satu ketabahan dan 
Kedua 

ketekunan untuk menjurus ke arah tercapainya matlamat itu. Dengan ini saya berjanji untuk bertindak ke arah itu. 

Saya menyedari bahawa cara berñkir yang dominan itu akan wujud menjadi tindakan yang nyata. Oleh sebab itu saya akan memperuntukkan fikiran saya selama tiga puluh minit setiap hari untuk merenungi tugas saya serta bentuk keperibadian yang ingin saya capai itu. Dengan demikian bayangan itu akan menjadi satu gambaran yang jelas sekali dalam layar fikiran saya. 
Ketiga :

Saya menyedari bahawa dengan prinsip 'autosugesti' setiap keinginan kuat yang .saya, bayangkan dalam fikiran saya itu akan tersalur menjadi sesuatu yang praktis dalam mencapai tujuan saya itu. Oleh sebab itu saya akan menyisihkan waktu sepuluh minit setiap hari intuk memperkembangkan dalam diri saya rasa percayakan diri sendiri. 
Keempat :

Saya telah menulis dengan jelas tujuan' utama saya yang telah saya pastian dalam kehidupan saya. Oleh itu saya akan berhenti untuk cuba berusaha sehingga saya memperkembangkan rasa percaya diri sendiri itu untuk mencapai tujuan saya itu. 
Kelima

Saya menyedari sepenuhnya, bahawa tidak ada kekayaan mahupun kedudukan yang boleh bertahan lama selain yang didasarkan atas kebenaran dan keadilan. Oleh sebab itu saya tidak akan melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak menguntungkan. Saya akan berhasil menghimpun segenap kekuatan yang ingin saya pergunakan serta menjalin kerjasama dengan orang lain. Saya akan mengajak orang lain untuk mengabdikan pada kepentingan saya. sebagaimana saya juga bersedia mengabdi bagi kepentingan orang lain. Saya akan menjauhkan diri dari sikap benci, iri hati, dengki. mementingkan diri sendiri serta sikap sinis. Sebaliknya saya akan memperkembangkan rasa kasih terhadap sesama manusia. Saya sedar bahawa sikap yang negatif terhadap orang lain itu tidak akan mendatangkan keuntungan bagi saya. Saya akan membuatkan orang lain percaya kepada saya, oleh kerana saya percaya kepada mereka dan diri saya sendiri. Saya akan meletakkan tandatangan saya untuk mengukuhkan rumusan ini, merakamkannya dalam ingatan saya. mengulanginya dengan nyaring setiap hari dengan penuh keyakinan, sehingga mempengaruhi cara berfikir dan perbuatan saya untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dan memanfaatkan kekuatan diri sendiri. 
Di sebalik rumusan di atas ini terdapat hukum alam, yang tidak ada seorang pun yang dapat menerangkannya. Perihal namanya tidaklah menjadi soal. Yang penting ialah kenyataan bahawa beliau mengandungi nilai yang bermanfaat untuk kejayaan hidup manusia. Sekiranya kita menggunakannya secara konstruktif'. Sebaliknya apabila hal itu digunakan secara destruktif, maka sifatnya pun akan lebih banyak merosakkan. 

Sehubungan dengan hujah ini, maka kita akan menemui satu kebenaran yang penting, iaitu mereka yang mengalami kekalahan, menderita nasib malang, kemiskinan dan penderitaan adalah diakibatkan kerana mereka itu menerapkan prinsip negatif` dalam 'autosugesti`nya.Semua dorongan cara berfikir itu akan cenderung wujud menjadi suatu kenyataan.