Buktinya ringkas dan mudah untuk ditunjukkan. Kedudukan persoalannya ialah pada prinsip 'autosugesti' Oleh sebab itu marilah kita pusatkan perhatian kita kepada masalah 'autosugesti' ini. Marilah kita mencari apakah fautosugesti'itu dan sejauhmana kemampuannya untuk boleh mencapai sesuatu.
Adalah suatu kenyataan yang umum kita hadapi dalam hidup ini, apabila seseorang itu dengan berulang-kali mengkaji apa yang beliau percayai, maka beliau akan yakin tentang hal itu, tidak peduli adakah kenyataan itu benar atau palsu. Apabila seseorang itu menerima pembohongan yang sentiasa boleh beliau ulang-ulangi, maka akhirnya beliau akan memandang pembohongan itu sebagai satu kebenaran. Setiap orang adalah hasil pembentukan dari pemikiran yang dominan dalam dirinya. Pemikiran yang dominan itulah yang merupakan tenaga motivasi, yang memberi arah dan kawalan kepada setiap gerakan, tindak tanduk dan perbuatan!
Perhatikaniah kenyataan yang penting berikut ini yang _merupakan satu kebenaran:
"Cara berfikir yang bercampur baur dengan setiap perwujudan perasaan akan membentuk suatu tenaga `magnetik' yang menarik pemikiran lain yang sama atau yang berkaitan dengan aemikiran yang berkaitan itu".
Pemikiran yang di 'magnetik' dengan emosi itu boleh libandingkan dengan sebuah benih, yang jatuh di atas tanah vang subur, lalu bertunas, tumbuh dan berlipat kali ganda secara
berulang kali. sehingga biji benih yang pertama itu menghasilkan jutaan biji baru yang sama coraknya!
Cara beriikir manusia juga sentiasa menampung getaran yang selaras dengan corak yang dominan pada ñkirannya itu. Setiap pemikiran, gagasan. rancangan atau tujuan yang merangkumi seseorang dalam pemikiran, akan menarik sederetan cara berfikir yang bercorak sama yang kemudiannya tumbuh menjadi satu kekuatan yang dominan dalam keperibadian seseorang.
Marilah kita teliti bagaimana benih awal dari gagasan, rancangan atau tujuan itu dapat ditanamkan dalam ñkiran kita itu. Maklumat itu mudah untuk dirangkumi. Setiap gagasan, rencana atau tujuan itu boleh ditempatkan dalam cara berfikir kita melalui penggulungan fikiran itu. Maka itulah sebabnya apabila kita menulis satu kenyataan tentang tujuan pokok yang ingin kita capai itu. maka kita akan dengan mudah boleh mengingatinya semula. Dengan demikian kita boleh menguianginya kembali. Kita dapat mewujudkannya dalam bentuk kata-kata yang boleh dilihat dan didengar setiap hari, hingga wujud getaran suara yang berkesan kepada keadaan bawah sedar kita itu.
Oleh sebab itu buanglah jauh-jauh pengaruh persekitaran yang boleh memberi kemungkinan nasib malang bagi kita itu. lalu susunlah cara hidup Anda itu dengan tatacara yang serba teratur. Apabila Anda melakukan penelitian terhadap kemampuan mental Anda. maka Anda akan menemui hakikat bahawa kelemahan Anda utama adalah kerana Anda tidak memiliki kepercayaan atas diri Anda sendiri. Akan tetapi halangan ini dengan mudah dapat Anda hadapi rasa malu dan segan dapat diubah menjadi rasa berani melalui bantuan prinsip autosugesti Penerapan prinsip ini dapat dilakukan melalui penyusunan cara beriikir yang positif dalam bentuk bertulis, bahan ingatan dan diulang-ulang hingga menjadi alat kelengkapan kerja bagi cara berfikir Anda itu.
|
0 Comments