- AUTOSUGESTI
- Langkah Ketiga Untuk Mencapai Kekayaan'Autosugesti' adalah suatu istilah yang boleh diterapkan kepada segala macam cara dan semua rangsangan yang datangnya dari dalam diri sendiri, yang mencapai fikiran seseorang melalui kelima-lima pancainderanya. Dengan kata lain 'autosugesti' itu adalah saluran-saluran yang timbul dari dan untuk diri sendiri. `Autosugesti' merupakan alat penyalur antara bahagian fikiran kita yang sedar dengan bahagian fikiran kita yang bertindak terhadap keadaan bawah sedar kita.Melalui pemikiran yang dominan. yang membenarkan seseorang untuk berada di alam kesedaran kita (baik negatif ataupun positif dalam bentuknya yang tidak wujud), maka prinsip autosugesti secara sukarela akan mencapai dunia bawah sedar dan mempengaruhinya.Secara ilmiah bentuk tubuh manusia itu telah dijadikan sedemikian rupa sehingga ia boleh secara mutlak menguasai segala apa yang mencapai keadaan bawah sedarnya itu melalui pancainderanya, meskipun ini tidak bererti manusia selalu boleh menguasai dirinya. Dalam banyak contoh kita dapati bahawa seseorang sering tidak dapat menguasainya, terutama sekali di kalangan orang-orang yang hidup dalam taraf kemiskinan.Kehidupan seperti ini dapat kita bandingkan dengan tanah yang subur, tetapi ditumbuhi rumput-rumput yang rimbun, apabila benih yang berguna tidak ditanam secara baik. Autosugesti adalah alal kawalan bagi perseorangan untuk melakukan pengawasan secara sukarela terhadap keadaan bawah sedar ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan membuang pemikiran yang destruktif yang boleh menyusup ke dalam fikirannya itu.
0 Comments