- AUTOSUGESTI
- Dalam pembahasan mengenai enam langkah dalam bab mengenai hasrat, Anda disarankan untuk sekurang-kurangnya mengucapkan sebanyak dua kali (lengan kuat hasrat Anda itu. Ini terutama yang berkaitan dengan wang yang ingin Anda penolehi dan merasakannya seakan-akan Anda telah memiliki wang tersebut. Dalam menjalankan petunjuk ini maka secara langsung Anda menghubungkan hasrat Anda itu dengan keadaan bawah sedar Anda sehingga menjadi satu keyakinan mutlak bagi Anda. Dengan mengulang-ulangi prosedur ini. maka secara tidak sengaja Anda menanamkan satu kebiasaan berñkir yang akan memudahkan cara berñkir Anda dalam mengalihkan hasrat itu wujud menjadi bentuk wang.Cubalah Anda kembali kepada keenam-enam langkah dalam bab dua itu dan teliti baik-baik sebelum Anda bertindak lebih lanjut. Kemudian bacalah dengan hati-hati empat petunjuk tentang cara menyusun 'Rancangan induk', seperti yang dihuraikan dalam bab mengenai Rancangan Organisasi. Dengan menggabungkan kedua-dua petunjuk ini dengan petunjuk yang terdapat dalam Autosugesti, maka Anda akan melihat bahawa petunjuk itu berkaitan penerapan prinsip aumsugesti.Dengan itu hendaklah diingat. apabila Anda membaca dengan kuatnya hasrat Anda itu (yang akan Anda usahakan untuk diperkembangkan menjadi kesedaran mendapatkan wang). maka ia hanya akan berpengaruh bila Anda mencampurkan emosi atau perasaan Anda itu dengan kata-kata yang Anda ucapkan. Keadaan bawah sedar yang hanya mengakui dan bertindak berdasarkan pemikiran yang telah diadunkan sebati dengan emosi dan keyakinan itu. JMHal ini sangat penting diingati terus-menerus dan diulangi dalam setiap bab, sebab jika kita kurang memiliki pengertian tentang hal ini, maka penerapan hasrat kita melalui 'auwsugesti' itu akangagal. Irlal itulah yang menyebabkan mengapa ramai orang gagal dalam usaha mereka itu.Kata-kata yang baik tanpa diiringi dengan emosi tidak mempunyai pengaruh terhadap keadaan bawah sedar kita. Kita tidak akan memetik sesuatu hasil yang bererti apabila kita tidak memenuhi keadaan bawah sedar kita itu dengan pemikiran yang mantap atau kata-kata yang tidak mengandungi emosi tidak akan dijiwai oleh keyakinan kita.Janganlah berputus asa kalau pada peringkat permulaan Anda masih belum boleh mengarahkan emosi Anda itu sebagaimana yang dikehendaki. lngatlah bahawa dalam hal ini tidak ada kemungkinan untuk kita bersifat tidak jujur. Anda tidak dapat mengelabui diri sendiri, sekalipun Anda seakan-akan memaksakan diri 'untuk berhasrat demikian. Ganjaran kemampuan Anda untuk boleh mempengaruhi keadaan bawah sedar terletak kepada kesungguhan Anda menerapkan prinsip- prinsip yang dihuraikan dalam buku ini. Kita tidak dapat memperkembangkan kemampuan hasrat kita itu dengan sewenang-wenangnya sahaja. Hanya diri kita sendiri sahajalah yang harus menentukan apakah ganjaran yang ingin kita capai itu (kesedaran untuk memperolehi wang itu) berbanding dengan usaha kita.Kemampuan Anda untuk menerapkan prinsip autosugesti akan bergantung sebahagian besarnya pada kemampuan Anda untuk memusatkan likiran pada hasrat yang Anda miliki itu hingga hasrat itu menjadi satu semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa Anda.
0 Comments