- Langkah Ketiga Untuk Mencapai Kekayaan
- Apabila Anda mulai menjalankan petunjuk yang berkaitan dengan enam langkah pelaksanaan seperti yang dihuraikan dalam Bab Dua itu. maka perlu sekali bagi Anda untuk menerapkan prinsip pemusatan fikiran.Dalam hal ini kami ingin menawarkan kepada Anda cara-cara yang berkesan untuk melakukan pemusatan fikiran itu. Apabila Anda telah mulai menjalankan langkah pertama dari enam langkah itu, yang mengarahkan Anda kepada jumlah wang tertentu yang ingin Anda capai itu, maka Anda hendaklah menetapkan likiran Anda pada jumlah yang ingin Anda capai dengan cara memusatkan fikiran. Perhatian Anda hendaklahdiarahkan sepenuhnya kepada satu-satunya sasaran itu. Dengan nieniejamkan mata Anda. maka Anda dapat melihat wujudnya jumlah wang yang Anda kehendaki itu. Lakukanlah hal ini paling kurang satu kali sehari. Sementara Anda menjalankan latihan ini, ikutilah petunjuk yang diberikan dalam bab tentang Keyakinan itu. Maka Anda akan mempunyai gambaran jelas tentang diri Anda dalam memiliki jumlah wang itu.Di sini kami kemukakan satu fakta yang sangat penting, Keadaan bawah sedar akan menerima apa sahaja yang disampaikan sebagai keyakinan mutlak. lalu bertindak sesuai dengan apa yang diperintahkan. meskipun isi dari perintah itu harus diulang-ulang sebelum dapat diserap oleh keadaan bawah sedar. Sebagai akibat dari penyataan ini, maka keadaan bawah sedar Anda akan menerima sepenuhnya apa yang betul-betul Anda yakini itu. iaitu meyakini jumlah wang yang sedang Anda hayati itu, sehingga bawah sedar itu akan menyusun satu rancangan yang praktis untuk memperolehi jumlah wang tersebut.Pemikiran itu akan beralih menjadi satu bayangan dalam benak Anda, sehingga selanjutnya fikiran Anda itu akan meninjau apa yang Anda sanggup dan mahu kerjakan untuk mengumpulkan jumlah wang itu sebagai penyaluran hasrat Anda::: demi memperolehi wang itu.Janganlah menunggu sehingga Anda berhasrat melakuk `. pertukaran perkhidmatan atau urusniaga perdagangan un " memperolehi wang yang telah Anda bayangkan itu. 'Teta- ; segeralah Anda membayangkan. bahawa Anda telah memili wang itu, walaupun dalam hati Anda hal ini baru merupakan satu tuntutan dan harapan sahaja. Yang penting ialah agar Anda mengalihkan gagasan Anda itu atau gagasan yang Anda perlukan itu. Waspadalah dengan gagasan itu. Apabila gagasan itu timbul, alihkanlah segera menjadi satu tindakan nyata. Apabila gagasan itu muncul, maka ia akan melintas bagaikan kilat ke dalam daya fikiran Anda melalui pancaindera keenam dalam bentuk ilham atau inspirasi. Hargailah gagasan Anda itu dan bertindaklah dengan segera sebaik sahaja Anda menerimanya.Di dalam langkah keempat dari enam langkah itu Anda diberi petunjuk 'menciptakan satu rencana yang konkrit untuk melaksanakan hasrat Anda itu dan mulailah dengan segera untuk menyalurkan gagasan itu menjadi satu perbuatan nyata'. Hendaklah Anda lakukan petunjuk ini sesuai dengan apa yang telah digariskan dalam perenggan terdahulu ini. Janganlah Anda sama sekali menetapkan diri pada 'alasan~alasan' Anda apabila Anda menciptakan rancangan Anda dalam menghimpun jumlah wang yang Anda hasratkan itu. Dalih-dalih yang Anda akan kemukakan itu boleh memperlambat kemahuan Anda itu. Dan bila Anda menggantungkan pelaksanaan itu sepenuhnya pada alasan-alasan itu. maka Anda akan kecewa.Apabila Anda sedang membayangkan jumlah wang yang ingin Anda kumpulkan itu (dengan mata tertutup), maka bayangkanlah pula cara pelaksanaan perkhidmatan atau pertukaran amalan perdagangan itu yang ingin Anda selenggarakan sebagai ganjaran untuk memperolehi wang tersebut. Hal ini sangat penting.
0 Comments