- Langkah Ketiga Untuk Mencapai Kekayaan
- Petunjuk-petunjuk yang diberikan sehubungan dengan enam langkah dalam Bab Dua itu akan kita berikan ringkasannya dan di padukan dengan prinsip-prinsip yang terangkum di dalam Bab ini sebagai berikut:Pertama:Pergilah ke suatu tempat yang sunyi (lebih tepat kalau di tempat tidur Anda sendiri pada waktu malam) yang Anda tidak akan diganggu oleh apapun juga. Pejamkanlah mata Anda dan ulangilah dengan kuatnya sehingga Anda boleh mendengar ucapan kata-kata Anda sendiri, pernyataan tertulis yang merangkumi sejumlah wang yang ingin Anda kumpulkan. Sekaligus Anda haruslah menetapkan tempoh untuk Anda mengumpulkan wang itu dan gambaran tentang bagaimana caranya Anda menyelenggarakan perkhidmatan perdagangan yang ingin Anda lakukan sebagai usaha untuk memperolehi wang itu. Sementara Anda melaksanakan usaha itu, maka Anda seharusnya membayangkan seolah-olah wang itu sudah berada di dalam tangan Anda. Misalnya, Anda membayangkan bahawa Anda bermaksud untuk menghimpun wang sebanyak 50.000 dollar menjelang tarikh 1 Januari dalam tempoh enam tahun kemudian mulai dari saat ini. Anda akan memperolehi wang itu dengan cara menjalankan perkhidmatan sebagai seorang jurujual. Maka pernyataan tertulis Anda hendaknya berbunyi seakan-akan begini:"Pada tarikh 1 Januari tahun 20_, saya harus memiliki wang 50.000 dollar. yang akan saya perolehi dari pendapatan saya selama jangka waktu itu.Untuk mendapatkan jumlah wang itu, maka saya akan mengerahkan tenaga saya sebaik- baiknya. sedaya upaya kemampuan saya, memberikan perkhidmatan yang `aebaik-baiknya, sama ada secara kuantiti mahupun kualiti dalam menjalankan tugas saya sebagai jurujual dalam bidang - (tulislali perkhidmatan atau bentuk perniagaan yang ingin Anda tukarkan dengan, jumlah wang itu.)"Saya yakin bahawa saya pasti boleh memperolehi: wang ini di dalam tangan saya.' Keyakinan saya begitu kukuh. sehingga saya boleh nampak dengan nyata wang itu di depan mata saya. Saya boleh merasakannya dengan jari-jari saya sendiri. Saya hanya tinggal menunggu waktunya sahaja untuk mengalihkannya dalam wujud dengan cara menukar perkhidmatan atau usaha perniagaan sebagai imbalannya. Saya sedang menunggu` terlaksananya satu gagasan yang akan' menghimpun jumlah wang itu dan saya akan mengikuti secara tetap rancangan ini hingga saya menerima wang itu dalam bentuk yang nyata".Kedua:Ulangilah program itu Siang dan malam sehingga Anda sendiri membayangkannya atau melihatnya dengan nyata wang yang Anda hendak kumpulkan itu.Ketiga:Letakkan sehelai kertas atau papan yang mudah Anda baca siang dan malam. yang mengandungi kenyataan Anda Itu. Bacalah sebelum Anda pergi tidur. bacalah setelah Anda bangun dari tidur sehingga Anda hafal betul-betul isinya.Ingatlah! Sementara Anda menjalankan petunjuk ini, Anda sedang menerapkan prinsip autosugesti, dengan tujuan untuk memberikan arahan kepada alam bawah sedar Anda. Anda juga hendak ingat bahawa keadaan bawah sedar Anda itu hanya akan bekerja atau bertindak atas petunjuk yang telah diwarnai oleh emosi. Dan keyakinan itu adalah hasil emosi yang paling kuat. Ikutilah petunjuk yang diberikan dalam Bab tentang Keyakinan itu.Petunjuk ini mula-mulanya kelihatan seperti abstrak. Tetapi Anda tidak perlu menghiraukan hal ini. Ikutilah petunjuk ini walaupun kelihatan tidak abstrak dan tidak praktis. Memang pada mulanya begitu. Namun apabila tiba masanya. apabila Anda mengerjakan apa yang sesuai seperti yang dinyatakan dalam petunjuk ini, sama ada menurut keyakinan batin Anda mahupun dalam bentuk perbuatan Anda, maka satu tenaga baru dari dalam alam semesta ini akan muncul terungkap bagi diri Anda.
0 Comments