- Langkah Ketiga Untuk Mencapai Kekayaan
- Bersikap syak wasangka terhadap semua gagasan baru adalah gejala umum pada diri manusia. Akan tetapi apabila Anda mengikuti petunjuk yang digariskan dalam buku ini, maka sikap syak itu akan segera berubah menjadi satu rasa percaya. Dan rasa percaya ini selanjutnya akan bersepadu menjadi satu keyakinan yang mutlak.Ramai ahli falsafah telah mengeluarkan pernyataan bahawa manusia itu adalah majikan bagi nasibnya sendiri di atas muka bumi ini, akan tetapi ramai ahli falsafah itu gagal mengemukakan mengapa manusia itu menjadi majikan atas peri kehidupannya sendiri itu. Alasan manusia itu patut disebut majikan dari kehidupannya di dunia terutama sekali dalam penentuan nasibnya meliputi bidang kewangan, dapatkita ikuti sepenuhnya di dalam buku ini. Manusia boleh bertindak menjadi majikan atas dirinya sendiri, oleh kerana ia mempunyai kekuatan tenaga untuk mempengaruhi keadaan bawah sedarnya itu.Pelaksanaan untuk mengalihkan dan mewujudkan hasrat menjadi bentuk wang, yang merangkumi autosugesti sebagai alat untuk mencapai tujuan itu, akan merupakan pengaruh terhadap keadaan alam bawah sedar kita itu. PrinSIp-prinsip yang lainnya hanyalah sekadar alat yang dapat membantu menerapkan autosugesti itu. Telitikanlah baik-baik hal ini dalam diri Anda_ maka sepanjang waktu Anda akan tetap menyedari betapa pentingnya peranan autosugesti itu dalam usaha Anda mencari dan menghimpun wang melalui kaedah yang dihuraikan dalam buku ini.Setelah Anda selesai membaca seluruh isi buku ini. kembalilah kepada bab ini dan diikuti dengan batin Anda serta tindakan Anda, tentang petunjuk-petunjuk seperti yang tertera berikut:Bacalah seluruh bab ini dengan, kuat setiap malam, sehingga Anda benar~benar yakin bahawa prinsip autosugesti itu sudah jelas, sehingga bermanfaat untuk melengkapi tujuan yang anda ingin capai. Sementara Anda membacakannya, garislah di bawahnya dengan pensel setiap kalimat yang paling berkesan menurut tanggapan Anda sendiri.Ikutilah petunjuk-petunjuk yang telah diberikan sebelumnya, maka ia akan membuka jalan ke arah pengertian sepenuhnya sehingga Anda pun dapat menguasai prinsip-prmsip yang menuju ke arah kejayaan.Setiap kesulitan, Setiap kegagalan dan Setiap penderitaanAkan membawa bersamanya Manfaat dan balasan yang lebih besar.
0 Comments