- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Terdapat dua jenis pengetahuan. Yang pertama ialah pengetahuan umum, sedangkan yang lainnya ialah pengetahuan khusus. Pengetahuan umum tidak begitu besar peranannya dalam usaha menambah kekayaan. Sekalipun kita menguasai- nya dalam jumlah yang besar ataupun betapa banyak variasinya. Fakulti-fakulti yang terdapat di universiti-universiti yang besar memiliki setiap bentuk ilmu pengetahuan umum yang praktis, yang boleh meninggikan tingkat peradaban manusia. Kebanyakan profesor itu hanya mempunyai sedikit wang. Ini kerana mereka mengkhususkan diri untuk mengajarkan pengetahuan, akan tetapi mereka tidak mengkhususkan diri dalam hal mengelola ilmu pengetahuan itu. Mereka tidak mengkhususkan diri dalam soal bagaimana caranya menggunakan ilmu pengetahuan tersebut.
Ilmu pengetahuan tidak akan menarik wang, jika sekiranya ilmu pengetahuan itu tidak dikelola atau bilamana tidak diarahkan secara bijaksana berdasarkan kecerdasan fikiran manusia. Untuk itu diperlukan satu rancangan pelaksanaan yang praktis. Barulah kita secara pasti boleh menghimpun wang dan kekayaan itu. Oleh kerana kurangnya kefahaman tentang hasil ini, maka berjuta-juta manusia menjadi bingung. Mereka akan mempunyai tanggapan yang silap tentang seruan 'ilmu pengetahuan itu adalah kekuatan'. Pada hakikatnya hal ini tidaklah benar. llmu pengetahuan itu hanyalah suatu tenaga yang berpotensi. Ilmu pengetahuan hanya menjelma menjadi suatu kekuatan apabila ia dikelola menjadi satu tindakan yang terancang sehingga dapat diarahkan kepada satu sasaran yang ditetapkan.
Gejala ini merupakan satu 'missing link, atau rangkaian rantai yang terputus dari suatu sistem pendidikan kita. Gagalnya berbagai-bagai bentuk pendidikan kita itu terletak pada kegagalan mereka mengajarkan kepada para pelajar tentang bagaimana mengelola dan menggunakan pengetahuan itu secara amalan setelah kita menerimanya.
Ramai orang terjerumus dalam jurang kesilapan dan menganggap Henry Ford misalnya sebagai seseorang yang kurang berpendidikan kerana persekolahannya tidak dapat dilanjutkan ke tingkat yang lebih tinggi. Orang-orang yang silap menilai keadaan ini dan tidak memahaminya adalah orang-orang yang pada hakikatnya tidak mengerti apa ertinya perkataan 'pendidikan` itu sebenarnya. Pendidikan itu dalam bahasa Latinnya adalah 'educo', yang bererti meluas keluar atau berkembang dari arah dalam ke luar.
Seseorang yang berpendidikan tidaklah semestinya orang yang memiliki selonggok ilmu pengetahuan umum atau ilmu pengetahuan khusus tertentu. Akan tetapi seseorang yang berpendidikan adalah seseorang yang telah mampu memperkembangkan hasrat, kemahuannya dan fikirannya, sehingga dapat mencapai sesuatu yang ia kehendaki, tanpa mengganggu hak manusia-manusia yang lain.
0 Comments