- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Semasa tercetusnya Perang Dunia ll sebuah suratkhabar dj Chicago mengemukakan sebuah tajuk rencana yang antara lainnya menyebut Henry Ford sebagai 'seorang pencipta kedamaian yang bodoh'. Henry Ford berasa keberatan terhadap sebutan itu dan mengadukan perkara itu kepada mahkamah sebagai suatu penghinaan terhadap dirinya. Tatkala perkara itu dibicarakan di mahkamah, maka peguambela dari suratkhabar itu ingin membuktikan pendapatnya itu benar dengan cara menempatkan Tuan Ford sendiri sebagai saksi. Tujuan peguam itu ialah untuk membuktikan kepada juri bahawa Henry Ford itu memang benar seorang yang bodoh. Peguam itu mengajukan
kepada Tuan Ford bermacam-macam pertanyaan, yang kesemuanya dimaksudkan untuk membuktikan bahawa Henry Ford itu bodoh, tidak peduli meskipun beliau telah berjaya memiliki pengetahuan yang khusus sehingga boleh membangunkan industri kereta.
Dan Henry Ford memang betul-betul diuji oleh mereka itu dengan pertanyaan-pertanyaan seperti ini: “Siapakah Benedict Arnold?” dan “Ada berapakah jumlah tentera yang dikirim oleh kerajaan Inggeris ke benua Amerika untuk menumpas pemberontakan tahun 1776?” Ketika menjawab pertanyaan yang terakhir ini, Ford mengatakan, "Saya tidak tahu dengan tepat jumlah tentera Inggeris itu, tetapi saya pernah dengar bahawa jumlahnya lebih banyak yang mati di sini daripada yang sempat kembali ke negeri asalnya".
Akhirnya Tuan Ford berasa bosan dengan rangkaian pertanyaan yang seperti itu. Untuk menentang pertanyaan- pertanyaan yang bodoh itu, maka beliau pun mencondongkan badannya ke depan. Sambil menuding kepada. peguam yang terus-menerus melancarkan bermacam-macam pertanyaan itu, beliau berkata, “Kalau saya harus terus-menerus menjawab pertanyaan yang Anda ajukan itu atau apa jua pertanyaan yang mirip coraknya dengan ini, maka saya akan memberitahu kepada Anda bahawa saya ada membawa alat kawalan elektrik di tangan saya. Alat ini saya hubungkan dengan sebarisan pembantu- pembantu saya yang duduk di kerusi bahagian belakang. Dengan menekan salah satu punat itu maka saya akan memilih orang yang paling tepat untuk menjawab jenis pertanyaan yang Anda kemukakan tentang perihal selok-belok usaha dan kejayaan saya dalam membangunkan industri kereta itu. Cuba Anda renungkan dan terangkan kepada saya, apakah gunanya saya mesti menyumbatkan otak saya dengan pengetahuan umum itu? Hanya dengan maksud untuk menjawab pertanyaan itu sahaja? Padahal saya mempunyai cukup ramai kakitangan di sekeliling saya yang boleh memberikan ilmu pengetahuan yang saya perlukan itu.
Nah, jawapan Henry Ford itu terselit satu lojik yang tepat sekali.
Dan jawapan itu telah berjaya menyindir peguam itu. Setiap orang dalam bilik mahkamah itu menyedari bahawa jawapan itu bukannya jawapan seorang yang bodoh. Bukan dari cara berfikir seseorang yang dungu, melainkan dari seseorang manusra yang berpendidikan.
Setiap manusia adalah orang yang berpendidikan apabila beliau sanggup mendapatkan ilmu pengetahuan dan r'nenguasainya pada saat beliau memerlukannya. Seorang manusia yang tahu mengelola ilmu pengetahuan itu akan menyedari satu rancangan yang jelas. Melalui bantuan `arang~0rang yang menjadi otak utamanya', maka l-lenry Ford dapat memiliki satu kekuatan yang dapat memerintah mereka itu. Beliau telah menggunakan ilmu pengetahuan khusus yang beliau perlukan itu untuk menjadi salah seorang manusia terkaya di Amerika. Ford telah membuktikan bahawa untuk menjadi kaya-raya itu tidaklah' secara mutlak harus memiliki dan, menguasai ilmu pengetahuan itu di dalam diri kita sendiri.
0 Comments