- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Pertama sekali tentukanlah dahulu jenis pengetahuan khusus yang ingin Anda perolehi itu serta tujuan Anda memerlukan pengetahuan itu. Apakah sebenarnya tujuan Anda dalam hidup ini'? Itulah yang harus menjadi sasaran kerja Anda kelak. Itu juga yang akan membantu menentukan jenis pengetahuan apa yang kita perlukan. Apabila pertanyaan ini sudah terj awah, maka langkah berikutnya memerlukan agar Anda menghimpun maklumat untuk menjadi sumber penunjang bagi pengetahuan itu. Yang paling penting dalam hal ini adalah:
a) Pengalaman dan pendidikan orang yang berkenaan itu sendiri.b) Pengalaman dan pendidikan yang diperolehi melalui kerjasama dengan orang lain atau kumpulan orang yang pintar.c) Mengikuti kuliah di Akademi atau Universiti.d) Perpustakaan umum. (Melalui buku-buku, majalah atau suratkhabar, dari mana kita dapat menimba ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam peradaban manusia).e) Suatu kursus latihan kemahiran (Kursus tambahan pada waktu malam, kursus bertulis, bimbingan dan sebagainya).
Oleh kerana ilmu pengetahuan itu harus dimiliki oleh seseorang sehingga beliau menguasainya dengan betul, maka diperlukan pengaturan dan pemanfaatan yang tepat. Tujuannya harus terarah secara betul, sedangkan rancangan pelaksanaannya hendaklah disusun dengan mantap sekali. llmu pengetahuan tidak mempunyai nilai kecuali yang boleh diperolehi dari penerapannya yang memenuhi sasaran tertentu.
Kalau Anda ingin mengambil suatu bentuk pendidikan tambahan, pertama sekali tentukanlah untuk tujuan apa Anda hendak menggunakan ilmu pengetahuan itu. Kemudian telitilah dari mana Anda boleh memperolehi ilmu pengetahuan itu berdasarkan dari sumber yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Orang~orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang yang tidak pernah berhenti menggali ilmu pengetahuan yang berhubung dengan tujuan utama mereka itu. walau apa jua bidang perniagaan atau kejayaannya. Orang-orang yang gagal adalah mereka yang silap membuat tanggapan bahawa kegiatan menggali ilmu pengetahuan itu akan berakhir apabila tamat sekolah. Tetapi kebenaran yang sesungguhnya adalah pendidikan sekolah itu hanyalah menempatkan diri kita sedikit sahaja lebih tinggi pada jalan menuju cara bagaimana memperolehi ilmu pengetahuan itu dengan lebih lanjut.
Tuntutan zaman kita sekarang ini adalah pengetahuan yang khusus atau spesialisasi. Hal ini ditekankan oleh Robert P. Moore, bekas Pengarah Penempatan Kakitangan di Universiti Columbia, yang pernah dimuatkan dalam suratkhabar.
0 Comments