- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Sambil memberikan saranan agar para mahasiswa diberi kesempatan meninjau pejabat-pejabat, kedai-kedai dan kilang- kilang semasa percutian musim panas supaya mereka dapat menghargai kegiatan dalam masyarakat, maka Tuan Moore menyatakan bahawa sesudah menempuh pengajian di pusat pengajian tinggi selama dua atau tiga tahun kepada setiap mahasiswa itu hendaklah ditanya, “Apakah pilihan mereka yang pasti untuk masa depannya dan sebaik sahaja menamatkan pengajiannya, jika sekiranya beliau hanya belajar tanpa matlamat khusus tertentu yang tegas dalam rangka penjadualan akademik itu.
“Akademi dan Universiti harus meninjau kembali sukatan mata pelajaran mereka dari segi praktisnya dan harus menyedari bahawa semua kerjaya dan jabatan itu memerlukan pengetahuan khusus serta kemahiran tersendiri", katanya sambil mendesak agar badan-badan pendidikan lebih memperdalamkan rasa tanggungjawabnya dalam soal bimbingan dan pengarahan tugas serta jawatan itu.
Salah satu sumber yang paling praktis dan boleh dipercayai untuk memperolehi ilmu pengetahuan khusus itu adalah sekolah- sekolah dan kursus-kursus waktu malam, yang terdapat di kebanyakan bandar-bandar. Sekolah korespondensi memberikan latihan khusus dalam kemahiran surat-menyurat, yang pengetahuannya boleh digunakan di mana-mana sahaja di seluruh negara dan meliputi sebarang bentuk pokok persoalan, yang dapat diajarkan melalui kaedah lanjutan ini. Salah satu kebaikan daripada kaedah lanjutan ini adalah kesempatan belajar sendiri di rumah secara bebas berdasarkan kelapangan yang ada pada seseorang pelajar berkenaan. Kebaikan yang lain pula tentang kursus bertulis itu (kalau pemilihan jurusan yang dipilih itu adalah tepat), ialah kenyataan bahawa sebahagian besar kursus yang dilakukan di rumah itu memberikan manfaat yang besar kepada orang lain dalam bentuk khidmat nasihat sehingga memberikan pengetahuan khusus bagi orang-orang lain yang turut memerlukannya. Tidak peduli walau di mana Anda berada, maka Anda akan dapat menikmati manfaat ini.
0 Comments