- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Segala sesuatu yang diperolehi tanpa usaha dan tanpa bayaran biasanya kurang dihargai orang. Barangkali inilah yang menyebabkan kita kurang dapat menimba manfaat yang sebanyak mungkin dari sekolah pendidikan biasa.
Disiplin diri sendiri yang diperolehi oleh seseorang melalui program pendidikan yang khusus sering diabaikan dan lebih banyak kesempatan dipersia-siakan jika pendidikan itu hanya diperolehi dengan percuma. Oleh sebab itu sesuatu pendidikan melalui kursus yang tinggi nilai organisasinya. Pembayarannya cukup murah, sehingga pihak pengelola terpaksa menuntut pembayaran secara terus. Bayaran yang dituntut itu tidak mengambil kira sama ada pelajar itu mempunyai gred yang baik atau tidak, maka seseorang itu akan terdorong untuk belaiar
bersungguh-sungguh - padahal jika menempuh pendidikan biasa mungkin sudah'lama persekolahannya terhenti. Kursusvkursus bertulis itu, memang tidak menekankan soal ini secara khusus, akan tetapi pada hakikatnya cara badan itu sendiri bekerja sudah merangkumi satu latihan dalam bidang membuat keputusan, bertindak cepat dan tepat serta membentuk kebiasaan yang baik dalam hal memulakan sesuatu pekerjaan hingga penyelesaian sesuatu pekerjaan tidak terhenti di tengah jalan.
Saya telah mempelajari hal ini melalui pengalaman selama lebih dari empat puluh lima tahun yang lalu. Saya pernah mendaftarkan diri dan mengikuti kursus bidang pengiklanan. Setelah mengikuti lapan atau sepuluh pelajaran saya berhenti belajar, akan tetapi sekolah itu tidak berhenti mengirim surat menagih pembayaran daripada saya. Maka mahu tidak mahu saya harus membayar, sama ada saya meneruskan pelajaran atau tidak. Saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran saya demi mengejar kembali nilai wang yang telah saya keluarkan itu. Sebab saya telah membayar untuk itu, bukan? Dengan sendirinya saya mendorong diri saya untuk berusaha memanfaatkan pelajaran yang telah saya terima itu. Saya menganggap cara badan kursus-kursus bertulis itu mengumpulkan wang terlampau ketat, akan tetapi kemudian baru saya menyedari bahawa cara itu memang sangat berharga untuk melatih diri saya sendiri secara percuma. Saya terlatih untuk membina disiplin diri sendiri. Oleh kerana dipaksa membayar, maka saya pun terus maju dan menyelesaikan palajaran saya hingga tamat. Di dalam perjalanan hidup saya kemudiannya, saya menemui kenyataan bahawa cara kerja sekolah itu yang cukup berkesan adalah sangat berharga sekali, terutama dalam bentuk pengumpulan wang dan kekayaan melalui pengiklanan yang telah saya tempuhi dalam karier yang saya pilih itu.
0 Comments