- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Amerika adalah sebuah negara yang mempunyai sistem persekolahan umum yang paling besar di dunia. Akan tetapi terdapat satu gejala yang aneh pada manusia itu. Orang hanya boleh menilai sesuatu itu jika hal itu berharga. Sistem'sekolal umum yang percuma tanpa bayaran seperti di Amerika it\ kurang dihargai orang. Lantaran bebas daripada pembayaran.
Begitu pula perpustakaan awam, yang tidak mengenakan bayaran, kurang menarik perhatian dan penghargaan orang, oleh kerana ia terbuka secara percuma, yakni sesiapa sahaja boleh masuk, tanpa perlu membayar. Inilah salah satu sebab utama mengapa orang memandang perlu untuk melatih diri bagi memperolehi kemahiran tambahan setelah meninggalkan sekolah dan mulai bekerja. Itulah juga salah satu sebab utama mengapa para majikan lebih banyak menghargai pegawai atau kakitangan yang pernah mengikuti kursus bertulis atau memiliki kursus kemahiran. Mereka telah belajar dari pengalaman, bahawa setiap orang yang berkemampuan besar untuk menambah pengetahuan khususnya itu pasti memiliki kemampuan yang lebih unggul, baik dalam menjayakan pekerjaan mahupun dalam mempraktiskan kepimpinan.
Oleh sebab itu siapa saja boleh niaju. Tetapi terdapat satu kelemahan manusia yang sulit sekali mengubatinya. Dan kelemahan ini bersifat universal. Jarang dapat bertahan sampai kesudahannya. Padahal usaha itu adalah untuk kepentingan kenaikan pangkat' dan kedudukannya juga, dapat menyisihkan sejumlah kesulitan dan rintangan dalam pekerjaannya, danakan dapat mengambil hati majikan atau orang-orang yang telah membuka kesempatan sebaik-baiknya bagi mereka.
Pelajaran melalui kursus bertulis berguna sekali bagi kaum pekerja yang telah menamatkan sekolah yang merasakan dirinya memerlukan pengetahuan khusus itu sebagai tambahan, sedangkan mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk kembali ke bangku sekolah.
Stuart Austin Wier telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi jurutera binaan. Beliau mengikuti segala garis panduan pekerjaan di bidang ini sehingga pada suatu ketika, beliau menghadapi tekanan yang berat kerana pendapatannya tidak setimpal dengan keperluannya. Lalu beliau melakukan pembaikan pada dirinya sendiri. Beliau bertekad untuk memajukan keerjayanya dan beralih ke bidang guaman. Beliau kembali menduduki bangku kuliah sambil mengambil kursus tertentu untuk mempersiapkan dirinya menjadi penasihat undang-undang syarikat. Beliau menyelesaikan pelajarannya, lulus dalam peperiksaan akhir, dan dengan cepat mendirikan sebuah firma guaman dalam undang-undang syarikat, yang sangat banyak mendatangkan wang.
lni merupakan satu laporan yang menjelaskan secara terus tentang hal ini. Selain itu juga untuk menjadi hujah secara tegas ramai orang yang suka mengatakan “Saya tidak boleh belajar lagi untuk menambahkan ilmu pengetahuan, sebab saya mempunyai keluarga sebagai tanggungan saya”, atau “Saya sudah terlampau tua untuk menambah ilmu pengetahuan”.
Perlu saya tambahkan di sini untuk makluman bahawa Tuan Wier ini telah berusia lebih dari empat puluh tahun dan telah berkahwin dan mempunyai keluarga tatkala beliau kembali menduduki bangku sekolah. Tambahan pula dengan memilih jurusan dan ilmu pengetahuan khusus yang tepat baginya menyebabkan beliau bersedia untuk mengajar mata pelajaran itu. Dengan demikian beliau berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang beliau sedang pelajari itu. Tidak hairanlah bahawa dalam masa dua tahun sahaja beliau sudah boleh menyelesaikan pelajarannya, sedangkan mahasiswa yang biasa yang lain memerlukan waktu empat tahun untuk menamatkannya. Dengan ini juga kita melihat bahawa perlulah bagi kita untuk memperolehi ilmu pengetahuan khusus itu.
0 Comments