- Langkah Keempat Untuk Mencapai Kekayaan
- Pengalaman dan Pemerhatian Peribadi
- Orang Bodoh Yang Membuat Kekayaan
- Anda Dapat Memperolehi Ilmu Pengetahuan Yang Anda Perlukan
- Kita Perlu Mengejar Ilmu Pengetahuan
- Diperlukan Ramal Tenaga Pakar Dalam Sesuatu Bidang
- Disarankan Agar Orang Menguasai Kemahiran Khusus
- Satu Pelajaran Dari Sekolah Khusus Kemahiran
- Jalan Menuju Pengetahuan Khusus
- Satu Gagasan Sederhana Yang Mendatangkan Ganjaran Besar
- Satu Rancangan Yang Teruji Mantap Untuk Menghasilkan Tugas Yang Ideal
- Anda Tidak Perlu Mulai Dari Dasar
- Jadikanlah Keadaan Yang Mengecewakan ltu Sebagai Pendorong Bagi Anda
- Kawan-kawan Anda Mungkin Tidak Ternllal
- Buatlah Gagasan Anda Berguna Berdasarkan Pengetahuan Khusus
- Marilah kita mengkaji sebuah contoh yang khas.
Seorang jurujual dari sebuah kedai serb aneka pada suatu masa kehilangan pekerjaannya. Beliau mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang simpan kira-kira syarikat dan pernah mengikuti kursus dalam bidang perakaunan. Tetapi oleh kerana pengetahuan itu sudah lama beliau perolehi, maka beliau memperbaruinya dengan terus mengikuti perkembangan mengenai ilmu simpan kira-kira yang terkini. Beliau mempelajari ilmu urusan pejabat dan pengurusan. Peralatan pejabat juga beliau teliti kemudian beliau pun terjun ke bidang keusahawanan. Beliau mendirikan usaha perniagaannya sendiri. Beliau mulai dengan penjualan barang-barang dari kedai serb aneka, tempat beliau bekerja dahulu. Beliau juga membuat kontrak dengan lebih dari 100 orang peniaga kecil dengan suatu ketentuan bagi hasil keuntungan yang cukup lumayan. Akan tetapi beliau telah menciptakan satu gagasan lain yang lebih praktis lagi. Beliau merancangkan sebuah pejabat yang mudah alih, yang didirikannya dalam sebuah trak pengangkut yang ringan. Beliau melengkapi kenderaan itu dengan dinding almari trak yang cukup kukuh sebagai pejabat kecil dan melengkapkan )eralatannya dengan mesin-mesin simpan kira-kira yang moden. {ini beliau memiliki satu angkatan trak pejabat seperti ini, yang bergerak ke sana ke mari berpindah-pindah tempat dengan )antuan roda-rodanya itu. Beliau mengambil sejumlah besar (akitangan pembantu. Dengan demikian beliau boleh memberikan perkhidmatan urusan kewangan dan perdagangan dengan lancar dengan para peniaga-peniaga yang lainnya, sehingga hasil kewangan yang beliau perolehi sangatlah memuaskan. Sedangkan di pihak lain biayanya dapat beliau kendalikan hingga ke tahap yang wajar sekali.
Ilmu pengetahuan yang khusus ditambah dengan daya khayalan adalah merupakan bahan-bahan bagi pengelolaan unik dan berjaya. Tahun lalu pemilik perniagaan ini membayar cukai pendapatan sebanyak sepuluh kali ganda sebanyak yang dibayar oleh peniaga tempat beliau bekerja ketika beliau kehilangan pekerjaannya.
Permulaan untuk usaha yang berjaya ini adalah satu gagasan yang ideal.
Seperti juga halnya saya telah membantu jurujual tersebut dengan gagasan, maka saya kini menyarankan gagasan lain yang lebih lanjut dalam rangka kemungkinan memperolehi pendapatan yang lebih besar lagi.
Gagasan itu disarankan oleh jurujua] yang menghentikan kegiatan penjualannya lalu melibatkan diri dalam bidang simpan kira-kira sebagai asas yang kukuh secara menyeluruh. Tatkala gagasan itu diajukan sebagai jalan keluar pemecahan terhadap masalah pengangguran yang dihadapinya, maka dengan cepat beliau menyatakan:
“Saya suka dengan gagasan itu, akan tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya menjelmakannya menjadi wujud berupa wang". Dengan kata lain beliau mengeluh bahawa beliau tidak tahu bagaimana cara pemasaran dari ilmu pengetahuannya tentang simpan kira~kira itu setelah beliau menguasai ilmu pengetahuan itu.
Maka ketidaktahuannya itu menimbulkan satu masalah baru, yang harus dipecahkan. Dengan bantuan seorang wanita muda yang pandai menaip dan boleh menyusun simpan kira-kira itu secara rapi, maka tersusunlah sebuah buku yang menarik. Di
dalamnya dibahas soal keuntungan menurut kaedahbaru dalan ilmu simpan kira-kira. Halaman-halaman buku itu siap ditail dan dijilid menjadi satu dalam buku catatan harian yang digunakan secara diam-diam oleh jurujual. Maka usaha yang baru itu juga sangat efektif, sehingga pemiliknya segera memperolehi pendapatan yang berlimpah-limpah hingga beliai tidak cukup tangan untuk mengendalikannya.
0 Comments